YADIM KEDAH BAGI SUMBANGAN MANGSA BANJIR.

 


BAGI Penduduk Kampung Padang Luar, Kubang Pasu, Kedah, bencana banjir pada tahun 2024 akan sentiasa diingati. 


Masakan tidak, kurang tiga hari pulang dari Pusat Pemindahan Sementara (PPS), mereka terpaksa berpindah semula apabila banjir datang buat kali kedua dalam tempoh seminggu. 


Prihatin dengan nasib mereka, pihak YADIM Kedah dan Perlis telah menyantuni mereka dengan menyampaikan pek Sumbangan Madani pada 2 Oktober. 


Sumbangan telah disampaikan oleh Penolong Pengarah YADIM Negeri Kedah dan Perlis, Ustaz Ahmad Afif Zuhdi Ahmad Zaki kepada lapan keluarga.


Pihak YADIM Negeri Kedah dan Perlis akan meneruskan program YADIM Peduli bagi menyantuni mangsa-mangsa banjir yang terkesan selepas ini.


***


YADIM menyantuni semua tanpa mengira latar belakang mereka. Bantu kami untuk menyantuni semua lapisan masyarakat.


Orang ramai boleh menyumbang kepada YADIM menerusi dua cara mudah.


Pertama, layari laman web YADIM dan klik di ruangan ‘Sumbangan Dana’ di halaman utama. Seterusnya ikuti panduan yang diberikan, atau hulurkan sumbangan anda ke akaun  1402 3010 0455 56 (Bank Islam) 


Atau klik link dibawah :


Sumbangan secara potongan bulanan


InfaqPay Go / Direct Debit eMandate / Recurring Monthly Payment - https://infaqpay.my/go/yadim


Sumbangan secara one-off

InfaqPay Plus / FPX / One Time Payment-https://infaqpay.my/collection/yadim


#melestarigerakandakwah

#MalaysiaMadani

#PDN2024