Tauke Genting Highlands, Lim Goh Tong, semasa
bekerja di Cameron Highlands tertarik dengan persekitaran Cameron Highlands.
Bila balik KL, dia pun mula mencari kawasan yang hampir sama dengan Cameron
Highlands tapi dekat dengan KL.
Cari punya cari…dia jumpa satu kawasan tanah
tinggi di Gunung Ulu Kali yang berketinggian 1800 kaki dari paras laut.
Gunung Ulu Kali terletak di tengah² sempadan
Selangor & Pahang. Nak buat apa² projek pun, bukan senang… sebab kena deal
dengan dua negeri.
Tapi Lim Goh Tong bukan bodoh…sebab dia tahu
orang Melayu boleh dibeli. Tak usah kata orang kampung… bapak Menteri pun boleh
dibeli.
Orang pertama dibeli oleh Lim Goh Tong ialah
Tan Sri Haji Mohamed Noah Omar. Tak usah lihat title Tan Sri atau pun title
Haji. Itu semua tiada makna. Lim Goh Tong tubuhkan Syarikat Genting Highlands
Berhad & melantik Haji Mohamed Noah sebagai Pengarah.
Lim Goh Tong berpakat dengan Mohamed Noah
untuk memohon tanah seluas 12,000 ekar yang terletak dalam negeri Pahang &
2,800 ekar dari negeri Selangor. Sudah semestinya, perkara nak minta tanah ni..
Haji Mohamad Noah yang buat.
Kerajaan negeri Pahang meluluskan permohonan
Genting Highlands Berhad serta merta. Tapi Datuk Harun Idris yang jadi Menteri
Besar Selangor masa tu tak setuju nak bagi macam tu saja. Beliau berikan hak
milik 99 tahun kepada Genting Highlands Berhad.
Goh Tong tak setuju dengan pajakan 99 tahun,
sebaliknya dia mahukan hakmilik kekal. Datuk Harun tak setuju, sebaliknya dia
hanya mahu beri pajakan 99 tahun.
Akhirnya, Datuk Mohamed Noah berjumpa dengan
Tun Razak yang masa tu menjadi Timbalan Perdana Menteri supaya mendesak Datuk
Harun suruh beri juga pd Lim Goh Tong.
Datuk Harun terpaksa bersetuju dengan Tun
Razak supaya berikan tanah seluas 2,800 ekar yang dimiliki oleh Kerajaan
Selangor kepada Lim Goh Tong. Apa tujuan untuk bangunkan Genting
Highlands..yang tu aku tak perlu cerita. Kalau yang tu pun kalian tak tau..memang
bodoh la.
Tun Razak pun aku tak payah cerita.. sebab
kalau tak tahu dia tu bapa kepada Najib… tak tau nak kata la.
Cuma.. berapa ramai yang tau siapa Tan Sri
Haji Mohamed Noah yang menjadi kuda tunggangan Lim Goh Tong?
Tan Sri Haji Mohamed Noah adalah bapa mertua
kepada Tun Razak. Datuk Najib jugak!! Anak Haji Mohamed Noah ialah Rahah (mak
Najib) & Suhaila (emak Hishamuddin).
Datuk kepada Najib dan Hishamuddin adalah
kuda tunggangan Lim Goh Tong untuk mendapatkan 14,800 ekar tanah rizab Melayu
untuk dijadikan pusat perjudian terkemuka di dunia. Pak Mentua dengan menantu
bersepakat menggunakan kedudukan mereka untuk mendapatkan persetujuan dua²
kerajaan negeri.
Tun Razak dari Pahang.. jadi tak susah nak
bodek Sultan Pahang. Manakala di Selangor, Tun Razak menggunakan kedudukannya
sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk memaksa Datuk Harun Idris serahkan tanah
milik kerajaan Selangor kepada Pak Mentua dia.
Cara meluluskan Genting Highland pun semua
kelam kabut. Siapa yang menentang semua kena steamroll.
Genting Highlands Berhad ditubuhkan pada 27
April 1965. Kerja² membuat jalan dari Genting Sempah ke puncak gunung Ulu Kali
bermula pada 18 Ogos 1965. Dalam masa empat bulan, semua proses permohonan
tanah selesai. Masa tu kalau rakyat biasa nak tukar nama dalam geran pun
mengambil masa dua tahun.
Najib Razak pewaris Genting.
Sejarah selebihnya..yang tu kalian cari
sendiri la. Genting Highlands melalui beberapa proses pertukaran nama,
percantuman, pertukaran pemegang saham.. akhirnya dimiliki sepenuhnya oleh Lim
Goh Tong.
Kini…ada la dua tiga kerat Melayu yang jadi
Pengarah non-eksekutif menguruskan pusat judi.
Tapi jangan risau…banyak lagi tanah² di
Malaysia ni yang belum tergadai. Semua orang mempunyai pilihan… sama ada nak
terus pilih generasi Tan Sri Mohamed Noah untuk menggadaikan tanah Melayu..
atau campak saja ke laut.
Profil:
Tan Sri Dato’ Haji Mohammad Noah bin Omar /
Maimun bin Haji Abdul Manaf
-Anaknya:
-Rahah
-Suhaila
-Fakhriah
-Abu Rais
-Tun Rahah Mohammad Noah adalah isteri kepada
Perdana Menteri Malaysia kedua Tun Abdul
Razak Hussein (1971-1976)
-Toh Puan Suhaila menjadi isteri kepada
Perdana Menteri Malaysia ke-3 , Tun Hussein Onn (1976-1981).
Cucunya kini Mohd Najib bin Abdul Razak
menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6 .
Seorang lagi cucunya ialah Datuk Seri
Hishamuddin Tun Hussein yang kini menjadi Menteri Dalam Negeri dalam kabinet
Najib
Umno & Genting Berhad.
Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi
Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak & Datuk Seri
Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar memiliki 602,318,000 saham dalam Resort
World Berhad.
Yayasan Noah memegang saham sebanyak
3,334,600 dalam Genting Berhad. Yayasan Noah kini diwarisi oleh Najib &
Hishammuddin. Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua
Polis Negara, Tan Sri Amin Othman & bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik
Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.
Salahsilah PM Melayu Islam Malaysia.
Buku ‘The Three Swan’ ada menceritakan
perjalanan hidup keluarga ini. Buku ini diterbitkan oleh MPH Group (M) Sdn.
Bhd. setebal 320 ms, ditulis oleh anak kedua Fakhriah, Datuk Dr. Fawzia
Abdullah
Jangan salahkan pencuri.. sebab kerja pencuri
ialah mencuri. Salahkan diri sendiri sebab terus membenarkan pencuri
bermaharajalela.
Pemandangan bercahaya di atas bukit genting
tempat perjudiaan terbesar di asia tenggara & pemilik terbesarnya ialah
keluarga melayu mengaku Islam & pejuang sunni...
Cuba Ulama Said Al Ghamidi diminta utk solat
di situ...agak² dia cakap Malaysia ni negara apa...lpas tu bagi dia masuk
kasino tu...bagi dia main blackjack...agak² dia akan kata apa...
CNP