Siapa dahulu beri pinjam berbilion ringgit pada syarikat judi Hong Kong?

 



Oleh AMIR SABRI / February 2, 2022

Sudah tentulah Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) selaku Ketua Pembangkang mempersoalkan mengapa pinjaman yang diberi itu tanpa sebarang jaminan atau cagaran!

Sewenang-wenangnya RM2.51 bilion diberi pinjam, itu duit pelabur dan pelaburnya adalah pemegang amanah rakyat (KWSP, KWAP, KHAZANAH).

Apakah Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz masih nak putar belit atau tidak faham soalan berbangkit?

Tiada masalah jika pinjaman diberi kepada mana-mana pihak yang berpotensi memberi keuntungan asalkan ada cagaran as security reason.

Kini, DSAI dituduh oleh Zafrul kononnya tidak menghalang pinjaman kepada syarikat judi? Cuba Zafrul senaraikan secara fakta, syarikat judi mana pada zaman DSAI jadi Menteri Kewangan diberi pinjaman tanpa cagaran mahupun bercagar?

Siapa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank dan CEO CIMB dahulu yang bersekongkol bagi pinjam berbilion ringgit pada syarikat judi Hong Kong itu? DSAI atau Zafrul?






No comments: