Aduhhh...sedihnya!!
Takkan begitu nazak dan papa kedana UMNO sekarang ini?
Baru tidak sampai 100 hari hilang kuasa, sudah ada cadangan mahu memindahkan ibu pejabat UMNO dari PWTC ke lokasi lain yang lebih murah atas alasan untuk menjimat kos.
Mana segala macam harta, aset dan saham-saham kepunyaan UMNO selama ini?
Apakah sebaik hilang kuasa, semua harta, aset dan saham-saham itu turut lesap entah ke mana?
Tiadakah juga sedikit pun Najib Razak tinggalkan wang untuk UMNO?
Lebih daripada itu, bukankah Presiden dan Timbalan Presiden UMNO yang baru dipilih sekarang ini turut tidak kurang kaya dan berhartanya?
Apakah mereka tidak sedia mengorbankan sebahagian daripada kekayaan yang dimiliki untuk perjuangan UMNO?
Lagi pun, daripada lokasi gah di bangunan PWTC, ke mana UMNO mahu memindahkan pejabatnya?
Adakah UMNO mahu berpindah ke bangunan kedai biasa yang terletak di pinggir-pinggir bandar?
Atau, susah-susah sangat, pindah saja ke Rembau? (ShahbudinHusin 05/07/2018)