VIDEO : U-TURN SINI, U-TURN SANA, NAK PERGI KE MANA?HARGA MINYAK BAGAIMANA?

Mekanisme itu kemudian diganti dengan mekanisme harga tetap; RM2.20 seliter bagi RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel bermula 7 Jun 2018. Di bawah mekanisme ini, kerajaan memberi subsidi untuk mengekalkan harga itu kepada pengguna. Ini bermaksud semakin meningkat minyak mentah global, semakin tinggi subsidi yang perlu dikeluarkan oleh kerajaan. “Kerajaan telah menanggung subsidi sebanyak RM7.14 bilion sehingga November 2018 di manatanggungan subsidi bagi bulan Mei sehingga November 2018 adalah sebanyak RM5.82 bilion,” kata Guan Eng. Bagaimanapun, sekiranya harga minyak mentah global meningkat semula pada masa hadapan, kerajaan akan kembali kepada mekanisme harga tetap RM2.20 seliter bagi RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel.



No comments: