AMANAH PERLEKEH TEROPONG PAS












Pada tahun 2017, Ibrahim Mat Zin, mengaku berbohong di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), yang disaksikan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Al Bakri; Pengarah JAWI, Abdul Aziz Jusoh dan Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama JAWI, Wan Jaapar Wan Ahmad. Ibrahim mendakwa segala tindakannya itu, termasuk aksi 'melihat menggunakan teropong buluh' itu diarah oleh individu tertentu yang tidak dapat didedahkannya. Bomoh tersebut mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) kerana menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina. Apa bezanya bomoh ini dengan Presiden PAS yang mengaku memiliki teropong putih yang bersih sehingga dapat melihat semua warna yang sebenar tanpa tersilap.