HAMSINA HAMZAH
Menerusi kenyataan yang diberikan oleh Peguam Negara, berkenaan dengan pengguguran dakwaan rasuah dan pembersihan WANG HARAM, dapat disimpulkan:
1. Bukti transaksi pergerakan wang di bank dan syarikat di Hong Kong tidak dapat diperolehi kerana transaksi berlaku antara tahun 2004 dan 2008.
Mengikut undang-undang perbankan di Hong Kong, setiap dokumen perbankan bagi mana-mana pelanggan hanya disimpan selama 7 tahun dan akan dilupuskan.
2. Sekiranya rekod-rekod transaksi tersebut dapat diperolehi daripada syarikat-syarikat dan bank-bank di Hong Kong tersebut, kes Musa Aman akan dapat dibicarakan.
3. Pengguguran ini bukan bermaksud Musa Aman benar-benar tidak bersalah. Musa Aman hanya BERNASIB BAIK kerana diselamatkan oleh had masa penyimpanan dokumen bank.
4. Musa Aman juga terselamat kerana terdapat saksi-saksi yang telah meninggal dunia atau berpenyakit kronik atau tidak lagi berada di Malaysia. Kalau saksi-saksi ini masih ada, Musa Aman tidak akan BERNASIB BAIK.
5. Musa Aman seronok menipu Allah.
6. Cuma ada sedikit keraguan kerana adalah amalan Jabatan Peguam Negara untuk menetapkan tarikh bicara hanya setelah dokumen pendakwaan lengkap. Mengapa tarikh bicara ditetapkan pada September, Oktober dan November 2020?