KISAH PERJUANGAN NAK CARI MAKAN ATAU BERGOLOK BERGADAI DEMI PARTI. ADA YANG PARTI TOLONG DAN ADA YANG PARTI BUAT TAK TAHU...NAMUN KALAU NAK CARI UNTUNG MASUK LAH UMNO...UNTUNG BERGANDA

 

HAMDAN TAHA


Kisah berjuang ni bukan lah mudah,saya cukup ingat zaman anwar ibrahim di pecat dan awal awal pkr dan adil di tubuhkan

Beribu ribu orang kena tangkap dan di tahan di lokap dan di bawa ke mahkamah,saya masa tu adalah jawatan sikit tapi antara tugas yang kena hadap ialah jika ada terlibat di tangkap dan di lokap dan di bawa ke mahkamah maka kena lah sediakan duit jamin lebih kurang 2 ribu ke 3 ribu seorang dan paling besar masa tu 5 ribu dan duit tu hangus begitu saja walaupun kita ni bergadai bergolok dan berutang

Saya pernah gadai barang kemas isteri kerana nak jamin pemuda teluk intan dan ada orang perak yang kena tahan kerana duit dah tak ada bila di fikirkan dan di ingatkan sebenarnya kebodohan saja yang menyebabkan saya terlibat ketika itu

Pahala tak tahu lah ada ke tak kerana berjuang kerana Anwar Ibrahim bukan kerana tuntut keadilan sebenarnya atau kerana berjuang kerana Allah,pun kita berhabis habis harta tapi penghargaan tidak ada pun dari mereka,sembang pasai perjuangan dan keadilan sampai sekarang oleh tokoh itu dan keluarganya,tapi sesiapa yang pernah betul betul rapat dengan mereka tahu lah betul ke mereka ini pejuang keadilan,hanya Allah yang maha tahu dan kerana Allah maha tahu sampai pilihanraya ke 15 saya yakin tak jadi apa juga,kecuali dia dah selesai urusannya dengan Allah

Begitu juga kawan kawan ngo dan org umno biasa di zaman ph memerintah 22 bulan,berjuang buat serangan kepada Dap dan PH sehingga ada yang di saman kerana kenyataan mereka berlebihan tidak boleh di buktikan duit peguam dan duit kalah saman kena bayar sendiri bukan ada sesiapa yang nak tolong pun,akhirnya BN jadi pemerintah tapi mereka tak ambil peduli pun kepada mereka mereka yang berjuang atas nama individu dan ngo untuk menjatuhkan PH,jasa tidak pernah di ambil tahu dan peduli pun ada yang saya kenal rapat sampai beratus ribu di saman oleh pimpinan dap dan dia kalah...sekarang telah sepi kerana tak ada siapa peduli pun...dia juga yang akhirnya berdepan dengan semua itu...

Ini lah kerakusan dalam perjuangan politik tanah air kita atau di mana saja di negara negara luar sana,kita mudah di jadikan alat kepada mereka yang di katakan pejuang bangsa atau pejuang keadilan atau pejuang agama

Usah lah orang lain Rafizi sendiri selepas PH menang pernah rasa di pinggirkan dan rasa di buang dan tidak di pedulikan oleh pimpinan PH ketika itu,itu Rafizi Ramli yang tak bernama ni usah lah di kira,selapas PH menang kumpulan yang dikatakan refomis hanya terus menjadi pencacai jika mereka bukan YB atau Ketua Cabang,ini adalah hakikat

Bekas ketua cabang yang kalah dalam pemilihan parti walaupun mereka telah bersama PKR dari hari pertama di tubuhkan dan berhabis harta benda dan kerjaya mereka demi perjuangan tapi bila kalah sebagai ketua cabang atau apa jua jawatan maka nama mereka akan lenyap seperti debu tidak ada yang akan perduli lagi pada mereka,ramai yang saya tahu dan saya kenal jadi begitu

Berbeza dengan UMNO jika mereka kalah tak sama seperti kumpulan PKR atau AMANAH kerana mereka memang mengejar jawatan itu dan bersedia berhabisan untuk menang bertanding dalam umno dan mereka telah bersedia dan tak akan habis sampai harta benda dan kerjaya kerana nak jaga parti

Tapi PKR dan Amanah mereka jika papa kedana kerana parti dan perjuangan memang berlaku