ELOK JUGA KENYATAAN INI- BERMAKNA NAK JOIN LEPAS PILIHANRAYA. BUKTIKAN DULU KEKUATAN DAN JENTERA... .....JANGAN JADI MACAM SATU PARTI NI...DIA KATA DIA KUAT SENDIRIAN..TAPI SONDOL KIRI KANAN....

 

Belum buka kerjasama, PH cukup kuat bentuk kerajaan, kata pemimpin DAP





Naib Pengerusi DAP Teresa Kok, berkata PH diyakini sudah cukup kuat membentuk kerajaan selepas pilihan raya nanti.

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) belum berbincang untuk membuka kerjasama dengan parti lain bagi membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Naib Pengerusi DAP Teresa Kok.

Kok berkata, setakat ini pihaknya masih yakin gabungan itu sudah cukup kuat membentuk kerajaan selepas pilihan raya nanti.

“DAP lebih memberi fokus kepada persediaan untuk PRU yang akan datang.

“Berhubung kerjasama dengan parti-parti lain tidak masuk dalam perbincangan lagi,” katanya menurut Astro Awani.

Selain DAP, PH ketika ini dianggotai PKR, Amanah dan Upko.

Pada 17 Jul lalu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, dilaporkan berkata beliau percaya bahawa pakatan antara parti politik dan gabungan parti berbeza diperlukan untuk membentuk kerajaan selepas PRU15.

Katanya, selepas Langkah Sheraton, yang menyaksikan kerajaan PH tumbang pada Februari 2020, gabungan parti politik tidak lagi boleh membentuk kerajaan secara bersendirian.

Tambahnya, tiada mana-mana parti atau gabungan politik yakin mampu membentuk kerajaan sendiri selepas PRU.

“BN pun tidak yakin mereka boleh membentuk kerajaan sendiri. Jika anda tanya hari ini sama ada Umno atau BN mempunyai formula tetap untuk mendapatkan semula kekuatan mereka, saya tidak fikir begitu.

“Begitu juga kami (PH). Saya rasa kami masih mencari (formula berkenaan),” katanya.


No comments: