Apa sebab cerdik pandai negara tidak bantu kerajaan menjadi lebih baik?


 Malaysia tidak pernah kekurangan intelektual malah anak anak muda yang pulang dari universiti terbaik di dunia juga banyak yang berkhidmat dalam sektor awam.


Namun mengapakah negara menjadi semakin merosot prestasi ekonomi dan pentadbiran secara konsisten?


Hal itu, menurut Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli adalah kerana Menteri yang memerintah bukan dari kalangan yang bijaksana, malah korup dalam semua tindakan.


"Pengalaman saya kerja di sektor korporat, saya boleh beritahu hampir semua pimpinan (korporat) yang saya jumpa lebih cerdik daripada pimpinan Umno. Kenapa dengan begitu ramai orang cerdik, jujur dan boleh buat perubahan, tetapi kita makin teruk, makin miskin.


"Sebabnya dalam sebuah sistem kerajaan macam kita, bawalah orang cerdik macam mana pun kalau Menteri yang ada kuasa, orang cerdik ini kena jawab kepada Menteri yang tak ada ciri pemimpin baik ini maka yang baik tak akan jadi.


"Datang orang cerdik beritahu kita kalau laburkan dan beri peluang kepada orang kampung supaya setiap seorang boleh dibantu pelihara lembu 100 ekor secara teknologi dan tersusun, Menteri dengar, bagus.


"Dia ambil idea itu, dia ambil duit RM250 juta, lembu entah ke mana, kondo yang kita dapat. Benda inilah yang berlaku berpuluh tahun.


"Sebab itu orang kita balik luar negara, cerdik, umur 40an dia kata tak payah la. Aku dah lalui semua ni. Kalau kepala malaon, marilah idea hebat macam mana pun, tak jadi. Sebab itu tanggungjawab kita sebagai pengundi penting (memilih calon terbaik)," katanya dalam ceramah di Tangga Batu, Melaka, malam tadi.


Sehubungan itu, Rafizi menyarankan rakyat yang akan mengudi dalam Pilihan Raya Umum ke 15 memilih beberapa kriteria utama calon untuk diangkat sebagai prasyarat menjadi Ahli Parlimen.


Katanya, sama ada orang Islam atau bukan Islam ciri pertama yang perlu dipilih ialah bercakap benar atau sidiq.


"Mudah saja kita nak nilai. Kalau orang marah kat dia pun dia tak reti bohong itu petanda baik


"Kedua mesti amanah. Dia dapat kuasa, dia akan betul jaga kuasa dan tanggungajwab seadilnya bukan untuk temboloknya. Kalau dapat peruntukan dia agihkan kepada orang msikin.


"Ketiga tabligh, menyampaikan, mencerdikkan, mencerahkan. Kalau cari pemimin ikut yang cerdik. Kalau pilih ikut jadi lagi bodoh, mampus kita.


"Kita nak ikut orang yang angkat kewarasan jadi lebih baik. Kalau ikut yang jadi bodoh masuk longkang, itu bertentangan dengan lumrah hidup kita," katanya.


Rafizi juga dalam ceramah semalam menjawab tohmahan penyokong Umno dan Pas yang berkata bahawa beliau mempunyai kes di mahkamah tetapi digugurkan pada zaman PH memerintah, sama sahaja dengan orang Umno yang digugurkan kes.


Katanya, kes yang terpalit kepada dirinya bukanlah mencuri duit tetapi bercakap benar mendedahkan usaha Menteri tertentu cuba 'sakau' duit rakyat.


"Orang Umno dan Pas kata kamu masa PH perintah juga gugur kes, apa beza dengan Najib. Saya naik turun mahkamah dulu bukan sebab curi duit, tetapi kerana bercakap benar


"Masa itu kalau cakap benar dan mereka nak sembunyikan apa mereka buat, mereka akan gunakan undang undang untuk takut takutkan," katanya.


Mantan Ahli Parlimen Pandan itu memberi amaran bahawa selepas ini beliau akan membongkar satu lagi skandal yang besar melibatkan pembelian aset angkatan tentara darat


Katanya, beliau gembira kerana selepas kes SRC International yang menyebabkan Najib masuk penjara lebih banyak pegawai kerajaan datang untuk mendedahkan maklumat kepadanya dengan membawa dokumen dokumen penting.


No comments: