KEH KEH KEH...NAK BUAT LAGU MANA..DAH TAK SETIAKAWAN

 


KUALA PILAH, 20 Jul – Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan pelantikan serta kedudukan seseorang menteri dan timbalan menteri adalah hak mutlak Perdana Menteri. 






Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Dato’ Seri Mohamad Hasan, yang menyatakan kesediaannya melepaskan jawatan sekiranya diminta berbuat demikian. 


“Seperti yang saya katakan, soal pelantikan menteri semuanya adalah budi bicara Perdana Menteri. Kalau orang dah tak suka, buat apa nak tunggu,” katanya selepas merasmikan pelancaran jentera Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol, semalam.


Kenyataan itu hadir susulan peringatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim kepada semua menteri, timbalan menteri dan pemegang jawatan dalam agensi kerajaan agar tidak menggunakan kedudukan masing-masing untuk menyerang rakan dalam Kerajaan Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan. 


Perdana Menteri turut memberi amaran bahawa mana-mana pihak yang ingkar terhadap peringatan tersebut boleh diminta melepaskan jawatan masing-masing.


Dalam pada itu, beliau berkata pendekatan berhemah perlu diutamakan selaras dengan saranan Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN supaya kempen dijalankan tanpa menggunakan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan atau memburukkan pihak lain. 


“Ini pilihan raya peringkat negeri, jadi sewajarnya perkara dibincangkan adalah berkaitan negeri dan hala tuju negeri,” tegasnya.


Kredit: Berita Harian


#BeritaKS




No comments: