Abbe Hae
Siapa van putih yang buang lelaki ini..
Malam tadi seperti biasa abbe pusing KL untuk bagi makanan pada gelandangan dan tempat dalam gambar ni adalah antara tempat yang akan abbe akan singgah..
Tempat ni memang bersih biasanya tapi bila abbe sampai malam tadi tempat ni memang bersepah dengan sampah..Abbe tanyalah gelandangan gelandangan kat sini kenapa sampai bersepah seperti ni, siapa punya kerja ni..Suara abbe agak sikit tinggi kerana sampah merata rata dan siapa yang berak kat sini.
Gelandangan kat sini tunjuk pada abbe orang pakai kupiah tu yang buat sepah dan dia lagaknya seperti samseng dan dialah yang berak disitu..
Kata gelandangan kat sini sebuah van putih yang buang lelaki berkupiah tu kat sini dan dah hampir seminggu..Masa lelaki ini dicampakkan kat sini abbe berada di Kelantan..
Abbe segera menghampiri lelaki ni untuk membantu. Seperti biasa abbe akan bertanya nama dan dari mana dan siapa yang campak dia kat sini..Tapi jawapannya sangat kurang ajar dan sombong yang membuatkan sesiapa pun akan bagi tapak kaki pada lelaki ini..
Memandangkan sikapnya yang terlalu kurang ajar dan sombong maka abbe matikan niat untuk bantu lelaki ini dan biarkan saja dia disitu untuk dikicapkan oleh gelandangan gelandangan kat sini nanti..
Memang patutlah dia dicampakkan kesini dengan sikapnya yang seperti itu..Kalau dia baik dah tentu abbe selamat dia malam tadi...
Seminggu lagi dia buat perangai seperti tadi maka berkicap la dia dengan gelandangan gelandangan kat situ..Gelandangan lama kat situ pun ada tahap sabar juga..
Untuk makluman..Tak semua orang abbe akan bantu ya..Kategori seperti lelaki akan abbe tinggalkan dari dia menyusahkan orang yang menjaganya nanti..



No comments:
Post a Comment