ROMBAKAN KABINET



 Sebelum PRU16 berlangsung ada kemungkinan penjajaran (atau sebenarnya penjajahan) politik BN PN yang galak berlaku sekarang akan berakhir dengan peristiwa tebuk atap 2.0 oleh BN PN.






Tempoh masa kerajaan madani ini akan berakhir secara automatik pada 19 Disember 2027.


BN PN tidak akan menunggu sehingga berakhir tempoh itu. Semakin lama perkara ini ditangguh semakin meleleh air liur untuk berkuasa.


Langkah intervensi perlu dibuat segera oleh PMX jika ingin menghalang peristiwa tebuk atap 2.0 ini.


1. Penjajaran politik di peringkat Persekutuan perlu dibuat segera selepas PRN Negeri Sembilan. Kesemua kerjasama PH BN perlu ditamatkan. Semua Menteri BN termasuk TPM perlu dibuang daripada kabinet. Penjajaran politik baharu dengan GPS, GRS, Bersatu, Bebas dan Muda perlu dibuat.


2. Menggantikan Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly yang menjadi Penasihat Media dan Komunikasi Strategik di Pejabat Perdana Menteri (PMO) dengan orang politik seperti Hj Khalid Samad atau sesiapa yang menjawat jawatan penting di dalam Majlis Presiden PH.


3. Fungsi Kementerian Komunikasi perlu disemak semula. Boleh semak juga Menteri Komunikasi ini sama ada perlu ditukar dengan orang lain.


4. Jawatan politik di semua peringkat daripada GLC, JPPK dan ketua kampung kepada BN perlu ditamatkan. Kekosongan 11 jawatan senator sekarang perlu diisi dengan sesiapa yang akan menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh menteri BN


5. Langkah intervensi serangan halus BN PN yang berpaut hanya kepada naratif Melayu Islam dan anti DAP perlu dipatahkan segera.


6. Program bina negara dengan penjawat awam perlu dibuat untuk menerangkan kembali fahaman songsang pemerintahan Melayu islam ala BN PN.


7. Program khas dengan pengundi awal dari kalangan tentera dan polis perlu dibuat dengan memahamkan mereka tindakan kebajikan yang telah dibuat oleh kerajaan madani kepada mereka.


8. PMX perlu drag kerajaan madani sehingga hujung 2027 untuk perbetulkan naratif anti Melayu Islam dan anti DAP. Pada masa yang sama langkah untuk memanjangkan tempoh ini boleh melemahkan musuh BN PN. 


Dalam dunia politik ketegasan pendirian perlu dibuat meskipun mungkin ada pandangan melihat tindakan itu kejam.


BN sudah menzahirkan secara terbuka untuk mengadakan kerjasama dengan PN. Ini bermakna langkah ini bukan setakat akan berlangsung di negeri bahkan akan merebak ke Persekutuan. Jika BN sudah nekad sebegitu maka wajar juga Anwar Ibrahim membuat nekad yang sama.


Sementara kuasa masih ada gunalah kuasa itu untuk mengubah nasib. Jika sudah patah kaki maka jangan mimpi untuk berlari semula dengan kekuatan yang sama.




No comments: