
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Program MADANI Kita di Dewan Komuniti Taman Perpaduan, Ipoh pada 19 Julai 2026. Foto PMO
IPOH, 18 Jul – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana menteri, timbalan menteri dan pemegang jawatan dalam agensi kerajaan supaya tidak menggunakan kedudukan untuk menyerang rakan Kerajaan Persekutuan ketika berkempen pada Pilihan Raya Umum (PRU) Negeri Sembilan.
Perdana Menteri berkata, mana-mana pihak berkaitan yang melakukan perkara itu akan diminta berundur daripada jawatan yang disandang.
“Kalau dia pegang jawatan daripada persekutuan, dia tak boleh serang, menjadikan ini sebagai satu medan politik menyanggah kerana dia kena jaga disiplin.

“Kalau dia pilih untuk buat begitu, dia harus undur daripada jawatan dia. Kita kena jaga supaya jangan langgar kerana kalau ada pelanggaran, saya akan minta mereka undur,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Program MADANI Kita di Dewan Komuniti Taman Perpaduan, di sini, hari ini.
Anwar berkata, perkara itu diputuskan selepas beliau menghubungi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof semalam.
“Kita ingatkan calon-calon, terutama yang pegang jawatan menteri, timbalan menteri atau pemegang mana-mana agensi, dia boleh bertarung dalam isu-isu negeri.

“Setakat ini, kita minta mereka kawal supaya hubungan kita di Persekutuan kekal baik, supaya kerja boleh dijalankan.
“Biarlah kita kawal kalau ada pertarungan di peringkat negeri,” katanya.
No comments:
Post a Comment