Baru-baru ini, Menteri Besar (MB) Terengganu sekali lagi mencuri perhatian apabila menghadiri seminar ekonomi di United Kingdom pada Disember 2024. Lawatan itu dikatakan atas jemputan kerajaan UK, kononnya untuk membincangkan peluang pelaburan dan pembangunan negeri. Namun, apa yang mengejutkan, program yang dimaksudkan itu rupa-rupanya diadakan di sebuah kedai milik komuniti Pakistan di sana.
Hal ini menimbulkan pelbagai persoalan dan kritikan daripada rakyat. Ramai mula mempertikaikan sama ada lawatan tersebut benar-benar atas jemputan rasmi atau sekadar alasan untuk berjalan ke luar negara. Malah, ada yang menyindir bahawa program itu hanyalah gimik politik yang tiada impak besar kepada rakyat Terengganu.
Lebih parah, program kecil seperti ini dihebohkan seolah-olah ia satu pencapaian besar. Sesetengah pihak menyifatkan ini sebagai “masuk bakul angkat sendiri” kerana hampir semua aspek, dari penganjuran hingga promosi, dilakukan oleh agensi kerajaan negeri sendiri. Situasi ini mengingatkan peribahasa “ayam bertelur sebiji, riuh sekampung”.
Rakyat turut membandingkan lawatan ini dengan usaha lebih signifikan yang pernah dilakukan pemimpin terdahulu. Jika lawatan seperti ini benar-benar ingin membawa pelaburan, mengapa lokasinya di kedai kecil dan bukan di tempat yang lebih sesuai seperti pusat ekonomi atau pelabur besar?
Kritikan ini mencerminkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap keutamaan yang diambil pemimpin negeri. Bukannya membawa pulang pelaburan atau peluang kerja untuk rakyat, tetapi lebih kepada mencipta publisiti murahan. Sehingga kini, ramai masih menanti laporan sebenar tentang manfaat lawatan ini, atau ia hanya satu lagi cerita yang gah pada nama tetapi kosong pada hasil.
Mantoba @ King Jason
Aktivis Bloggers