PENAFIAN DARI USTAZ MUHAIZAD

 PENAFIAN RASMI



Kami ingin menegaskan bahawa Al-Fadhil Ustaz Muhaizad dan Madrasah Ribat Al Musthofa tidak terlibat dengan sebarang urusniaga atau aktiviti scammer seperti yang ditularkan dalam gambar tersebut. Nama dan imej Ustaz serta Madrasah digunakan tanpa kebenaran untuk tujuan yang tidak bertanggungjawab.


Kami menyeru semua pihak untuk berhati-hati dengan maklumat palsu ini dan tidak mudah terpedaya. Sebarang pertanyaan lanjut boleh dirujuk terus kepada pihak kami untuk pengesahan. Terima kasih atas keprihatinan anda.


-admin