“TANDA REDA DOSA FITNAH” DATUK DR. KHAIRUDDIN! PAS BANTU BAYAR USTAZAH P...



Penasihat Agama kepada Timbalan Perdana Menteri 1, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menegaskan adalah sangat tidak wajar mengutip dana daripada masyarakat untuk membayar saman sivil kerana perlakuan dosa fitnah. Ahli Majlis Ulama Umno berkenaan berkata, dana sumbangan awam patut digunakan untuk aktiviti seperti kebajikan, membantu golongan yang dizalimi, dakwah dan Pendidikan. Beliau berkata, dana sumbangan awam bukannya untuk membantu orang yang menzalimi maruah orang lain dengan fitnah dan cerita rekaan meskipun bukan Islam hatta musuh sekalipun. “Dosa fitnah dan mereka-reka cerita adalah dosa besar yang dijadikan inti pati aku janji para sahabat dengan Nabi SAW sebelum hijrah. “Memberi sumbangan untuk menampung kesalahan itu tidak berpahala bahkan tanda meredai perlakuan dosa fitnah,” ujarnya dalam hantaran di Facebook hari ini. ========================================================================= Takiyuddin menyorot bahawa Masturah mengeluarkan kenyataan itu semasa berkempen untuk PAS pada pilihan raya kecil Kemaman. Justeru, bagi mengelak Siti Mastura hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen, parti itu menganjurkan kutipan derma. Surat itu menyatakan bahawa ketua jawatankuasa PAS pusat dan ketua negeri, bahagian dan cawangan dikehendaki menderma sekurang-kurangnya RM500 setiap seorang. Bahagian negeri serta sayap di peringkat persekutuan, negeri dan bahagian dikehendaki mengumpul sekurang-kurangnya RM20,000 setiap satu.