MOHON TANGGUH BAYAR SAMAN. DUIT TAK CUKUP LAGI GAMAKNYA. 23 JANUARI BARU TAHU BOLEH ATAU TIDAK TANGGUH PEMBAYARAN..



Mahkamah Tinggi menetapkan 23 Jan untuk memutuskan sama ada permohonan Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad, untuk menggantung pelaksanaan hukuman patut diluluskan, selepas beliau diperintahkan membayar RM825,000 kepada tiga pemimpin DAP. Pendengaran ini akan menentukan sama ada ahli politik PAS itu boleh menangguhkan pembayaran, sambil mengusahakan tindakan undang-undang lain. Mahkamah pada 4 Dis memutuskan bahawa ahli politik PAS itu memfitnah veteran DAP, Lim Kit Siang, dan anaknya, Guan Eng, dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dengan mengaitkan mereka kepada pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng, semasa kempen PRK Kemaman, tahun lepas. Mahkamah memerintahkan Siti bayar RM300,000 kepada Kit Siang, RM250,000 kepada Guan Eng, dan RM200,000 kepada Kok, dan kos RM25,000 kepada setiap seorang. Peguam SN Nair, yang mewakili tiga ahli politik DAP berkenaan, memaklumkan bahawa tarikh pendengaran telah diawalkan, kerana pada asalnya ia ditetapkan pada 19 Feb. “Jadi penggantungan sementara pelaksanaan penghakiman telah diberikan sehingga 23 Jan,” kata Nair. Menurutnya lagi, Hakim Quay Chew Soon berkata penggantungan biasanya tidak diberikan untuk penghakiman kewangan. “Bagaimanapun, demi keadilan, hakim membenarkan penggantungan sementara dan akan mendengar permohonan serta membuat keputusan pada 23 Jan,” katanya. Nair menjelaskan jika mahkamah tidak membenarkan penggantungan ini, beliau diarah untuk memulakan prosiding kebankrapan terhadap Mastura, antara lain. Sementara itu, PAS melancarkan kutipan derma di kalangan ahlinya untuk mengumpul dana untuk bantu Mastura membuat pembayaran.