AMAN SHAH II
Ziarah keluarga dan anak-anak Allahyarhamah Siti Khidijah Abd
Manaf, 32 thn sebentar tadi di Kg Telok Wang, Sungai Petani.
Ini setelah saya memaklumkan dan peroleh kebenaran daripada
pihak polis.
Arwah menemui ajal akibat dari kesan penderaan teruk oleh
suaminya.(pendarahan teruk pada otak).
SI SUAMI DIBUANG KERJA AKIBAT DADAH. ORANG JOHOR.
Kematian arwah begitu tragis dan menyayat hati.
Paling menyentuh hati, bila saya turut diceritakan oleh abang si
mati tadi, bagaimana kisah dan derita yang disembunyikan oleh arwah sejak
begitu lama.. ianya kerana arwah lebih meletakkan kepentingan anak-anaknya
daripada mengadu ttg perbuatan suaminya yang tak berhati perut.
Saya diceritakan, sewaktu melahirkan anak ke-4, arwah melahirkan
cahayamatanya bersendirian di bilik air..dan hanya mampu mengagahi diri
menelefon abg nya yg kemudian bergegas dan terpaksa memanjat pagar utk memasuki
rumah yg didiami arwah waktu itu di Bandar Puteri Jaya.
Ini kerana hari sebelumnya, arwah dibelasah, disepak terajang
oleh suaminya walaupun dlm keadaan sarat dan tunggu masa utk bersalin. keadaan
arwah begitu lemah..
Rasa amat sebak bila lihatkan anak bongsu arwah, Mohd irfan
Arshad (2 tahun) yang sedang lena atas buaian yang tentunya belum mengerti
apa-apa dan 3 lagi, kakak sulung dan 2 abang nya. iaitu Alia Nadrah Qaisara( 8
thn), Abdul Raziq (5 thn) dan Abd Wafiy (4 tahun)...
Pada lebih kurang jam 2.30 pagi, 14 mei 2021 (Jumaat/raya ke2)..
arwah akhirnya menghembuskan nafasnya yg terakhir di hospital Sultan Abdul
Halim Sungai Petani.. terlerai sudah derita nya di dunia.
Al - Fatihah..(dibaca)
*Pada yang ingin membantu anak-anak arwah, boleh berbuat
demikian dengan menyumbang ke akaun:
Bank Islam
02114020140880
Marina bt Mohd Isa (mak saudara ank2 arwah)
Sila maklumkan atau menelefon ke nombor 014 6712735 .