MUDAHKANLAH SOLAT JEMAAH BAGI UMAT ISLAM..MENTERI AGAMA MANA DIA????


 JAMZURI ARDANI

Sepatutnya bagi memudahkan urusan umat Islam mengerjakan solat Jumaat semasa pandemik, dan menjaga maslahat keselamatan awam ... pihak berkuasa agama membenarkan lebih banyak surau-surau melaksanakan solat Jumaat buat sementara waktu ini. Jadi, walaupun dengan jarak 1.5 meter pun, masih ramai yang berpeluang menunaikan solat Jumaat.


Beratus-ratus surau yang sebelum ini tidak digunakan untuk solat Jumaat tentunya boleh dimanfaatkan. Kenapa tiada usaha supaya lebih ramai umat Islam boleh solat Jumaat, sementara SOP dipatuhi?  Pada saya, kebanyakan pentadbir pihak berkuasa agama tiada kesungguhan dan inisiatif.  Mereka terlalu complacent dengan keselesaan bekerja. Mereka hanya tahu turun ke lapangan untuk menguatkuasa peraturan dan memantau pematuhan.  Mereka turun dengan kuasa dan arahan.  Mereka bukan turun untuk membantu atau mencari jalan memudahkan urusan umat Islam. 


Memang mudah buat justifikasi hukum itu dan ini. Itu memang kemahiran golongan agamawan yang paling unggul. Tidak tersangkal lagi. Mereka punya kitab tebal dan pastinya juga banyak dalil.


Tapi, rasailah denyut nadi ummah, mereka merasa gundah gulana di hati apabila tidak berpeluang menunaikan solat Jumaat berbulan-bulan lamanya.


Saya sukar faham, kenapa mereka tidak memahami?