PKP 3.0: Kerajaan wajar laksana moratorium pinjaman hingga hujung tahun

 


untitled image



Kerajaan Perikatan Nasional (PN) digesa memberi moratorium pinjaman kepada golongan terjejas dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, biar pun sektor ekonomi dibuka sepanjang PKP 3.0 namun para peniaga kecil dan golongan pekerja yang menghadapi kesukaran perlu dibantu dari segi kewangan.

"Saya mewakili kawasan Pasir Gudang yang majoriti penduduknya terdiri daripada ratusan ribu kaum pekerja dan pengusaha kecil mencadangkan supaya kerajaan mengeluarkan perintah kepada bank-bank dan syarikat-syarikat kewangan supaya melaksanakan secara automatik program moratorium menyeluruh susulan PKP 3.0 sekarang ini hingga akhir tahun ini.

"Walaupun di bawah PKP 3.0 kebanyakan sektor ekonomi dibuka tetapi ada sektor seperti pelancongan, taman-taman permainan (theme park), pengangkutan bas sekolah terjejas teruk. Pengusaha-pengusaha bas pelancongan dan bas-bas sekolah tidak mampu membayar pinjaman mereka di bank-bank atau di syarikat-syarikat kewangan.

"Kerajaan melalui kabinet dan kuasa-kuasa di bawah Darurat boleh melakukannya (dengan mudah) tanpa dicabar kerana Parlimen digantung mengisytiharkan Perintah PKP. Rakyat patuh dan memberi kerjasama demi menyelamatkan nyawa dan mengelakkan malapetaka krisis kesihatan berlaku.

"Kini sebagai balasan, giliran kerajaan pula membantu rakyat. Bukan menghapuskan hutang pinjaman, tetapi hanya menangguhkan pembayaran. Rakyat bawahan dan golongan sederhana menghadapi darurat ekonomi yang menekan mereka," katanya dalam satu kenyataan.

Moratorium, kata Hassan, sebaliknya tidak akan menjejaskan keuntungan sektor perbankan sebagaimana ditunjukkan pada tahun lalu.

Katanya, bank tetap mencatat keuntungan biar pun terpaksa memberi moratorium. Sebagai contoh, Public Bank Berhad memperolehi untung bersih bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2021 melonjak sebanyak 15.1% kepada RM1.53 bilion daripada RM1.33 bilion pada tahun lepas.(NST 12 May 2021)

"Langkah moratorium pinjaman mampu dilaksanakan oleh sektor perbankan. Laporan-laporan menunjukkan bank-bank telah membuat untung dan dijangkan meraih keuntungan berterusan sekarang ini, hatta ketika pandemik Covid-19.

"Moratorium menyeluruh secara automatik ini secara praktis amat membantu golongan peniaga, kontraktor dan pengusaha kecil serta sederhana, para pekerja golangan kolar biru, rakyat kelas menengah dan B40 yang rata-rata ada yang hilang pekerjaan, hilang kontrak, kurang pendapatan, mengalamai kerugian dan diancam dengan kemungkinan gulung tikar atau tutup operas"Inilah masanya jika kerajaan PN ingin membantu rakyat," katanya lagi.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) digesa memberi moratorium pinjaman kepada golongan terjejas dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, biar pun sektor ekonomi dibuka sepanjang PKP 3.0 namun para peniaga kecil dan golongan pekerja yang menghadapi kesukaran perlu dibantu dari segi kewangan.

"Saya mewakili kawasan Pasir Gudang yang majoriti penduduknya terdiri daripada ratusan ribu kaum pekerja dan pengusaha kecil mencadangkan supaya kerajaan mengeluarkan perintah kepada bank-bank dan syarikat-syarikat kewangan supaya melaksanakan secara automatik program moratorium menyeluruh susulan PKP 3.0 sekarang ini hingga akhir tahun ini.

"Walaupun di bawah PKP 3.0 kebanyakan sektor ekonomi dibuka tetapi ada sektor seperti pelancongan, taman-taman permainan (theme park), pengangkutan bas sekolah terjejas teruk. Pengusaha-pengusaha bas pelancongan dan bas-bas sekolah tidak mampu membayar pinjaman mereka di bank-bank atau di syarikat-syarikat kewangan.

"Kerajaan melalui kabinet dan kuasa-kuasa di bawah Darurat boleh melakukannya (dengan mudah) tanpa dicabar kerana Parlimen digantung mengisytiharkan Perintah PKP. Rakyat patuh dan memberi kerjasama demi menyelamatkan nyawa dan mengelakkan malapetaka krisis kesihatan berlaku.

"Kini sebagai balasan, giliran kerajaan pula membantu rakyat. Bukan menghapuskan hutang pinjaman, tetapi hanya menangguhkan pembayaran. Rakyat bawahan dan golongan sederhana menghadapi darurat ekonomi yang menekan mereka," katanya dalam satu kenyataan.

Moratorium, kata Hassan, sebaliknya tidak akan menjejaskan keuntungan sektor perbankan sebagaimana ditunjukkan pada tahun lalu.

Katanya, bank tetap mencatat keuntungan biar pun terpaksa memberi moratorium. Sebagai contoh, Public Bank Berhad memperolehi untung bersih bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2021 melonjak sebanyak 15.1% kepada RM1.53 bilion daripada RM1.33 bilion pada tahun lepas.(NST 12 May 2021)

"Langkah moratorium pinjaman mampu dilaksanakan oleh sektor perbankan. Laporan-laporan menunjukkan bank-bank telah membuat untung dan dijangkan meraih keuntungan berterusan sekarang ini, hatta ketika pandemik Covid-19.

"Moratorium menyeluruh secara automatik ini secara praktis amat membantu golongan peniaga, kontraktor dan pengusaha kecil serta sederhana, para pekerja golangan kolar biru, rakyat kelas menengah dan B40 yang rata-rata ada yang hilang pekerjaan, hilang kontrak, kurang pendapatan, mengalamai kerugian dan diancam dengan kemungkinan gulung tikar atau tutup operasi

"Inilah masanya jika kerajaan PN ingin membantu rakyat," katanya lagi.

 

No comments: