Ceclia
Kelmarin, Makcik post tentang ini dan minta bincangkan - siapa patut resign? Banyak jenis jawapan Makcik terima. Terima kasih ya.
Dan ini pendapat Makcik:-
Bila berlaku insiden pengangkutan awam seperti LRT tergelincir, rakyat Malaysia biasanya akan terus tanya:
Siapa patut resign?
Dan majoriti akan jawab:
Menteri.
Jawapan itu tidak salah. Tapi isu governance sebenarnya lebih besar dan lebih kompleks daripada sekadar mencari kepala untuk dipancung.
Dalam pengurusan organisasi dan public administration, accountability ada beberapa lapisan:
• Operational accountability
• Managerial accountability
• Ministerial accountability
LRT bukan dipandu oleh menteri. Sistem itu diuruskan oleh operator, pasukan teknikal, engineering, maintenance, safety dan pengurusan syarikat berkaitan seperti Prasarana.
Kalau berlaku kegagalan:
-adakah maintenance dibuat?
-adakah SOP dipatuhi?
-adakah audit keselamatan dijalankan?
-adakah warning signs diabaikan?
-adakah competency issue berlaku?
-adakah cost cutting menjejaskan safety?
Itu semua ialah persoalan operational dan managerial accountability.
Tetapi dalam sistem demokrasi moden, menteri pula memikul public accountability. Menteri menjadi simbol keyakinan rakyat terhadap sistem pengangkutan awam negara.
Sebab itu di negara-negara maju, resignation bukan semata-mata soal “siapa paling atas”, tetapi soal:
-integrity,
-ownership,
-moral responsibility,
-dan culture of accountability.
Masalah terbesar di Malaysia kadang-kadang bukan siapa perlu resign.
Masalah sebenarnya ialah:
bila sistem gagal, semua diam.
bila sistem berjaya, semua berebut credit.
Dan apabila accountability hilang, trust rakyat terhadap institusi juga perlahan-lahan runtuh.
Accountability bukan tentang mencari kambing hitam.
Ia tentang keberanian untuk mengaku:
Something failed under my watch, and responsibility must exist.
Makcik haraplah, jika berlaku pemecatan, do it publicly sebab ia melibatkan public transport, public interest. Jangan diam-diam saja - pecat sini, tup tup tup masuk GLC lain jadi big shot lain pulak. Takdak rasa remorse pun. Dia buat govern’ass’ instead of governance di tempat lain pulak kan…
Makcik Labor 😎🇲🇾🔥

No comments:
Post a Comment