Aidiladha 1447: PM Anwar Imbau Puisi Dari Derita Bangsa Nukilan Usman Awang

 



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat membaca puisi bertajuk ‘Saudara Anwar Ibrahim’ yang ditulis pada Ogos 1999 ketika cuti Hari Raya Aidiladha pada 27 Mei 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Cuti Hari Raya Aidiladha dimanfaatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meluangkan masa membaca pelbagai bahan ilmiah dan sastera, termasuk puisi terakhir nukilan Sasterawan Negara, Datuk Dr Usman Awang.

Menerusi hantaran berbentuk rakaman video di media sosial hari ini, Anwar dilihat membaca puisi bertajuk ‘Saudara Anwar Ibrahim’ yang ditulis pada Ogos 1999 sempena ulang tahun kelahiran beliau.

“Dari Derita Bangsa, penyelenggara Usman Awang dan anak angkatnya Allahyarham Mohd Dino Sheikh Othman atau lebih dikenali sebagai Dino SS serta diterbitkan pada 1998 selepas dipenjarakan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat membaca puisi bertajuk ‘Saudara Anwar Ibrahim’ yang ditulis pada Ogos 1999 ketika cuti Hari Raya Aidiladha pada 27 Mei 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

“Mengambil kesempatan cuti Aidiladha untuk membelek beberapa buku kegemaran daripada pelbagai bidang termasuk sastera, sambil mencari ruang untuk terus belajar dan merenung perjalanan zaman yang semakin mencabar,” katanya.

“Buku mengajar kita untuk lebih sabar berfikir, lebih matang menilai dan tidak mudah tenggelam dalam budaya menghukum atau sensasi yang singkat usianya,” ujar Anwar.

Ia turut menggambarkan ketabahan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam mengharungi era Reformasi dengan menekankan kepentingan membaca karya sebegini untuk memupuk masyarakat yang lebih matang dan berfikiran.

Banyak karya-karya tersohor dalam simpanan Anwar ditelaah ketika mempunyai waktu kelapangan seraya menggalakkan rakyat terus mengamalkan sikap suka membaca bagi menajam akal dan memperolehi ilmu berguna.

“insya-Allah, esok saya akan meluncurkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 sebagai tanda dukungan berterusan terhadap budaya ilmu dan pembacaan dalam kalangan rakyat, khususnya generasi muda,” ujar Anwar lagi.

No comments: