'Agak lucu 'katak-katak' politik sokong RUU antilompat parti' - Anwar



Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim meluahkan perasan lucunya apabila beberapa ahli parlimen yang pernah bertukar parti sebelum ini turut menyokong RUU antilompat parti semalam. Bagaimanapun dalam satu video yang dimuatnaik ke Facebooknya, Anwar tidak menamakan ahli-ahli parlimen tersebut. Semalam, RUU itu diluluskan menerusi undi belah bahagian dengan 209 ahli parlimen mengundi menyokong dan tiada menentang, manakala 11 orang tidak hadir.

No comments: