✅ Malaysia dan Jepun bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama dalam pendidikan bagi mempertingkatkan hubungan dua hala ke tahap perkongsian strategik yang lebih menyeluruh
✅ Jepun bersetuju berkongsi kepakaran, pengalaman dalam pengurusan risiko bencana dengan Malaysia
✅ Sebagai sebuah negara Islam, Malaysia memainkan peranan penting dalam menghubungkan Asia Tenggara dengan Timur Tengah
✅ Jepun sedia pererat hubungan dengan ASEAN yang menjadi keutamaan dalam diplomasi Kepengerusian Malaysia 2025
✅ PM Jepun menjemput Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi perniagaan Malaysia ke Ekspo Osaka 2025 tahun ini
✅ Petronas, Petros akan bekerjasama dalam sektor hidrogen di Sarawak, disokong oleh teknologi dari pihak konsortium Jepun diharap dapat dimudah cara menjelang Mei tahun ini
✅ Malaysia setuju menyokong inisiatif Jepun untuk menjadi pengerusi bersama dalam mesyuarat para menteri pada Julai mengenai pembinaan semula Gaza
✅ Jepun akan terlibat dalam pemprosesan REE di Malaysia
✅ Malaysia dan Jepun membincangkan keperluan untuk mengekalkan keamanan serta Kod Tatalaku di Laut China Selatan
Sumber: Sidang Media Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba, Putrajaya, 10 Januari 2025
#MalaysiaMADANI
#MyASEAN2025
🇲🇾 🤝 🇯🇵