Bila tiba musim tanam, pesawah perlu tahu bila air akan sampai ke sawah.
Sempena lawatan kerja ke Perlis dan Kedah hari ini, Bang Mat mengikuti taklimat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Tam Teh Homestay untuk mendapatkan perkembangan terkini Projek Pemulihan Menyeluruh Empangan Pedu.
Empangan Pedu ialah antara komponen utama sistem pengairan jelapang padi MADA di Kedah dan Perlis.
Komponen hidromekanikalnya telah mencapai had jangka hayat 50 tahun.
Projek pemulihan bernilai RM234.84 juta ini bermula pada 4 November 2025 dan dijadualkan siap sepenuhnya pada penghujung 2027 bagi memastikan empangan terus beroperasi dengan selamat.
Seperti yang ditegaskan oleh YAB Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan MADANI Tahun 2027, pemulihan ini turut menyokong Projek Penanaman Padi Lima Musim dalam Tempoh Dua Tahun.
Bang Mat minta MADA untuk pastikan projek berjalan mengikut jadual dan kos yang diluluskan.
Kerja pemulihan mesti diselaraskan dengan jadual pelepasan air dan musim penanaman padi.
Kalau ada perubahan yang boleh menjejaskan pengairan, maklumkan awal kepada pesawah melalui Pertubuhan Peladang Kawasan dan saluran komunikasi sedia ada.
Kita mahu pesawah dapat meneruskan kerja di sawah mengikut jadual dan bekalan beras negara lebih terjamin untuk jangka panjang.
#KPKM
#MADANIBekerja
#CukupDanTerjamin















No comments:
Post a Comment