UMNO SEBENARNYA MEMANG DAH LEMAH. HANYA AHLI UMNO DI KAWASAN PEDALAMAN SAHAJA PERASAN UMNO NI YANG TERKUAT DALAM DUNIA...

 


Tak masuk akal pecat Ismail, Umno akan lebih lemah, kata penganalisis





Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob dan presiden Ahmad Zahid Hamidi kelihatan ceria pada perhimpunan parti itu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Tidak masuk akal untuk Umno memecat Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, yang hanya akan menyebabkan parti itu berada pada “kedudukan lebih lemah”, kata penganalisis politik.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, Umno perlu memberi alasan kukuh untuk memecat naib presidennya itu, yang dilihat tidak membantu secukupnya dalam proses rayuan bekas perdana menteri Najib Razak membabitkan kes rasuahnya.

Tindakan Ismail berahsia tarikh pilihan raya juga bukan alasan memecat Ahli Parlimen Bera itu, kata Azmi.

“Mungkin akan timbul rasa tidak senang (jika Ismail dipecat daripada Umno) kerana beliau adalah naib presiden, beliau akan mendapat sokongan akar umbi,” katanya kepada FMT.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Pemecatan Ismail katanya, juga akan menyaksikan Bersatu dan pembangkang mempertahankannya kerana mereka tidak mahu pilihan raya diadakan dalam masa terdekat.

Azmi berkata, Umno juga tiada kelebihan jika tidak mempunyai perdana menteri daripada parti mereka sendiri.

“Jadi kedudukannya sebagai perdana menteri buat masa ini agak selamat.”

Mengikut laporan memetik sumber, parti itu dikatakan memberi kata dua kepada Ismail supaya memecat Peguam Negara Idrus Harun dan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, memohon pengampunan diraja untuk Najib serta mengadakan PRU15 secepat mungkin.

Laporan itu menyebut Ismail akan dipecat jika enggan mengikut permintaan berkenaan. Bagaimanapun, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan menafikan dakwaan itu.

James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania pula berkata, tiada gunanya memecat Ismail daripada Umno kerana beliau masih akan kekal sebagai perdana menteri.

Anggota Kabinet yang lain juga tidak akan berundur, katanya, sambil menambah bahawa kelompok daripada Umno juga masih mahu kekal dalam kerajaan.

“Jadi ia tidak masuk akal,” katanya menambah Umno masih menjadi sebahagian daripada kerajaan apabila pilihan raya diadakan.

No comments: