BILA PEMIMPIN UMNO RASA KUAT. IKTIBAR JUGA UNTUK PARTI LAIN.


 HAMDAN TAHA


Bila kita hanya berkumpul bersama ahli parti kita saja kita tentu rasa banga dan dah rasa kita cukup kuat

Bila kita tengok satu dewan penuh lagi lah kita rasa parti kita akan menang besar dalam pru ke 15 dan pemimpin kita pula berucap berapi api kata kita kuat

Tahun 98 sehingga 99 sebelum pilihanraya saya bersama parti BA atau pun Keadilan dan saya pula di tugaskan menjadi Pengarah Program Sumpah Keramat Pemuda Keadilan Malaysia dan ianya memang datang dari idea saya juga yang di bawa kepada Pimpinan Pemuda

Bermula di kg medan dan kemudian turun ke seluruh negara kehadiran manusia melaut ramainya sehingga pemuda Pas pun gerun kepada pemuda keadilan di masa itu kerana tarikan yang kami buat menjadi

Kutipan dari orang ramai lambang jumlah kehadiran setiap program kami dapat kutip dari derma orang ramai sehingga cukup untuk menampung semua program sumpah keramat

Pengalaman tak ada dalam pru tapi semanggat yang di tunjukkan sangat luarbiasa sehingga lah hari PRU tahun 99

Keyakinan menang sangat menebal dalam diri kami masa itu berdasarkan jumlah sokongan yang boleh di rasai,semasa penamaan calun pun kami dapat rasa kami kuat kerana jumlah pengiring calun jumlahnya ramai dan memberangsangkan

Tapi bila keputusan pilihanraya keluar BA kalah dan BN dapat membentuk kerajaan dengan mendapat mandat 2/3 dari ahli parlimen,Dap antara yang kalah teruk pada tahun itu

Tahun 2018 Najib buat perhimpunan di stadium maka datang lah anggota umno dan BN seluruh negara dan nampak sangat gagah dan gah kerana penuh stadium dengan jentera parti maka berdegar degar lah Najib membentangkan Manifesto BN

Bila keputusan PRU kerajaan BN tumbang di masa itu jentera BN masih boleh jawap lagi musuh BN dalam isu 1mdb,kita boleh kata lagi itu adalah fitnah dan propaganda PH terutama Tun Dr M itu pun BN kalah

Kali ni nak hadap pru ke 15 dengan isu Najib dan 1MDB bukan lagi FITNAH tapi sudah jadi betul betul kerana Najib telah di jatuh Hukum penjara dan bukti bukti Najib dan 1MDB di dedahkan selama 4 tahun di dalam Mahkamah atau di luar Mahkmah

Bukan saja isu Najib timbul pula isu Zahid yang sekarang Presiden UmNo hari hari kes zahid di dedahkan ambil wang berjuta juta di dalam mahkamah dan bukan lagi FITNAH tapi ini betul betul bukan cobaan tapi ahli umno tahu itu tapi kerana dia presiden maka ahli tak boleh nak cakap

Bayangkan pru ke 14 pun dah Kalah kerana isu mereka dan sebenarnya peluang pru ke 15 itu ada pada BN semula walaupun Najib dan Zahid ada masalah

Tapi perkembangan hari ni kita bagi bola tanggung kepada PH dan PN untuk menyerang Umno dan BN

Apa kita nak jawap apabila PH dan PN berkempen dengan menyebut Jika UMNO menang mereka akan bebaskan Najib dan semua kes mereka akan di gugurkan negara kita akan di pimpin oleh mereka yang rasuah ni semula

Peguam Negara akan di ganti dengan ahli umno yang akan dengar cakap

Ketua Hakim akan di lantik di kalangan mereka yang dengar cakap termasuk semua Hakim

Ketua polis ketua pengarah sprm semua ini akan di lantik semua yang dengar cakap umno dan perasuah perasuah ini

Apakah kita nak sokong Najib dan Zahid jadi PM dan TPM semula atau kita kalahkan mereka dalam pihanraya supaya mereka tidak akan terlepas dari hukuman dan mereka tak boleh jadikan negara kita ni hak mereka

Apakah ayat ayat itu tidak boleh merubah sokongan rakyat kepada mereka

Apa buktinya mereka akan tukar AG dan Hakim Hakim buktinya dalam perjumpaan Presiden parti dengan ahli jelas di sebut oleh pimpinan mereka berkaitan Hakim dan AG secara terbuka,mereka marah PM mereka kerana tak campur tangan selamatkan Najib dan tak pecat AG

Ini semua ada rakaman dan akan di kongsikan oleh media sosial