AGAK KELAKAR




Berita ni kelakar wei!

Aku ni bukan penyokong Mahathir. Malah aku amat membencinya. Dialah pengkhianat nombor 1. Demi kuasa, dia belakangkan kepentingan rakyat. Dia juga yang runtuhkan kerajaan sendiri.

Tapi kalau nak tuduh Mahathir pengaruhi keputusan hakim dalam perbicaraan dan rayuan Najib, aku rasa sangat-sangat-sangat tak logik. Jelas tuduhan itu direka oleh mereka yang terdesak.

Baca artikel di sini: https://bit.ly/3Cypm1N

Pertama, Mahathir bukan punya kuasa sekarang. Dia cuma pembangkang. Malah pembangkang yang sangat lemah. Partinya pun hidup segan mati tak mahu. Apa kuasanya nak pengaruhi hakim?

Keduanya, kerajaan hari ini dipimpin oleh BN. PM pun daripada UMNO. Orang yang mungkin boleh pengaruhi hakim mestilah yang punya kuasa seperti Isnail. Kenapa tak tuduh Isnail yang buat?

Ketiga, tuduhan ini merendahkan intelek hakim. Kita pun tahu, orang paling jahil undang-undang pun boleh kata Najib bersalah kerana kuatnya bukti dan lemahnya Najib dalam pembelaan.

Tak perlu Mahathir nak pengaruhi hakim. Setiap manusia yang waras, yang ikuti perbicaraan boleh faham setiap pertuduhan dan akan bersetuju yang Najib memang telah lakukan jenayah itu.

Kenapa UMNO macam tak boleh terima hakikat? Sampai nak suruh Isnail pecat Ketua Hakim? Bagi aku jawapannya mudah. Ini adalah bukti selama ini memang UMNO biasa campur tangan dalam badan kehakiman.

Disebabkan dia pernah buat, sebab itu dia ingat semua orang tak jujur macam dia. Tapi nak buat macamana. Dulu pun Mahathir juga yang ajar UMNO untuk curang seperti ini.

Yang menuduh ni mungkin pernah lihat Mahathir buat begitu masa dia berkuasa dulu. Mungkin Mahathir pernah campuri urusan mahkamah dulu. Tapi tidak hari ini. Kerana hari ini, yang memerintah adalah UMNO manakala Mahathir bukan lagi dalam UMNO. Guane boh?

Raja Gelap

 

No comments: