KENAPA SIMPATI KITA BERBEZA BEZA?


 

NORMAN RADZUAN


Kenapa bila artis ditahan kerana kes dadah kita kata bantulah bukan hina dia tapi org biasa kita kata penagih itu sampah masyarakat?

Kenapa bila org biasa ada kes skandal seks dikatakan syaitan bertopengkan manusia tapi agamawan selebriti kita katakan fitnah akhir zaman?

Kenapa bila Najib mencuri beratus juta ringgit kita perlu simpati tapi org biasa kita pukul setengah mati?

Kenapa bila VIP dihukum mahkamah Ustajah bersuara melahirkan simpati dan melarang menghina tetapi dgn org biasa Ustajah mendiamkan diri?

Kenapa bila org kaya menipu kita percaya tapi org miskin berkata benar kita anggap dia menipu?

Kenapa bila org2 politik dihukum kita kata jgn lupa ada kebaikan yg dilakukan utk menghalalkan cara tetapi jika rakyat marhaen dihukum kita kata keturunan penyamun seolah tiada kebaikan dilakukan dlm kehidupannya?

Tak ubah sepertimana kita menilai seseorang… jika wanita cantik hanya menulis di wall…” Saya lapar” 1000 likes dia dpt tetapi wanita yg tiada rupa menulis dgn ilmiah belum tentu dpt 10 likes.

Tak adilkan… manusia memuji atau menghina seseorang tanpa adil kpd seseorang itu.Betul org alim berkata jgn harapkan kita mendapat keadilan di dunia ini. Memang buat baik dibalas baik, tetapi bukan semua kebaikan dibalas di dunia ada yg Allah simpan di akhirat…. Bersabarlah.

Percayalah jika kita menilai seseorang hanya dari penampilannya, hartanya atau pangkatnya, kita akn kehilangan byk kesempatan bertemu org2 yg hebat… itu pengalaman hidup saya dlm pergaulan.

Ramai yg saya temui nampak hebat (berharta, alim bagaikan ulama) tapi hanyalah penglipur lara. Tapi ada yg saya temui selepas solat yg sdg duduk di tangga masjid tapi ilmu dunia akhirat… Masyallah.

Sedikit hari lagi kita akan merdeka. Kemerdekaan adalah nama lain daripada keadilan. Selamat Hari Merdeka.