PENGANALISIS : ISMAIL DITEKAN ..SEBAB PRESIDEN UMNO TAK ADA APA APA JAWATAN INI SATU LIPATAN SEJARAH BAGI UMNO

 

Lengahkan tarikh PRU15, mungkin makan diri Ismail, kata penganalisis




Ismail Sabri Yaakob pada minggu lalu menyatakan pilihan raya umum mungkin ‘dilewatkan’ susulan kontroversi pembelian kapal pesisir laut (LCS). (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Tindakan melengahkan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) boleh “memakan diri” Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, penganalisis politik memberi amaran.

Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya (UM) berkata, walaupun ia mampu melemahkan pengaruh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak dalam parti, namun taktik itu juga mempunyai kesan baik dan buruk.

Katanya, Zahid kini satu-satunya pencabar Ahli Parlimen Bera itu untuk jawatan perdana menteri, selepas Najib dipenjara atas kesalahan rasuah pada Selasa lalu.

“Tetapi parti itu boleh kehilangan populariti dan goyah kerana Najib kekal berpengaruh terutama di media sosial,” katanya kepada FMT.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Ahad lalu, Ismail berkata PRU berkemungkinan “dilewatkan” susulan kontroversi pembelian kapal pesisir laut (LCS).

Beliau berkata, langkah itu bagi mengelakkan parti lawan memperalatkan isu terbabit seperti mana mereka menggunakan isu 1MDB untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2018.

Ismail juga dilaporkan berkata PRU hanya akan diadakan apabila negara ini “sudah bersedia”.

Awang Azman menyifatkan projek LCS itu hanya “alasan”.

Iskandar Hasan Tan Abdullah dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kelantan pula berpendapat, tindakan menangguhkan pilihan raya adalah strategi kumpulan tertentu di Perikatan Nasional (PN) dan BN yang ingin kekal berkuasa dalam kerajaan pusat.

Namun seperti Awang Azman, Iskandar juga berkata taktik itu boleh menghantui BN.

Ini kerana, kini lebih ramai pengundi muda yang arif menggunakan media sosial dan “rasional” dalam kecenderungan politiknya. Kumpulan ini, katanya, tidak gemar dengan “cara politik lama”.

“Ia boleh menyaksikan BN kehilangan sokongan pengundi muda.”

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berpendapat, BN bakal berdepan dengan dua situasi jika melambatkan PRU15.

Satu, lebih banyak kontroversi lain akan timbul selain LCS yang boleh dimanfaatkan pembangkang.

“Tetapi BN dan kerajaan juga boleh mempertahankan diri berdepan dengan isu itu,” katanya.