KUALA LUMPUR 6 JUN : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas pendakwaraya kerana menafikan peguambela beliau akses kepada saksi-saksi seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.
"Saksi yang kita perlukan dikemukakan kepada kita, tidak memberi kerjasama....sehingga kini kami menunggu Najib dan Rosmah Mansor, namun tidak ada jawapan dari pihak pendakwaraya," Anwar memberitahu pemberita di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
"Dalam satu kes yang lain, (Bekas Ketua Polis Negara) Musa Hassan dan pegawai polis ACP Rodwan Yusof yang diminta hadir (untuk disoal) juga tidak hadir tanpa sebarang alasan," tambah beliau.
Pihak pendakwaraya menawarkan lebih 70 saksi kepada pasukan peguambela Anwar untuk disoal. Hanya selepas proses itu, peguambela akan memutuskan sama ada saksi berkenaan perlu memberi keterangan di mahkamah.
Najib dan Rosmah didakwa berjumpa dengan pengadu Saiful Bukhari Azlan beberapa hari sebelum Saiful membuat laporan polis kononnya beliau diliwat oleh Anwar.
Selepas bertemu mereka, Saiful dilaporkan menghubungi Musa dan mengadakan pertemuan dengan Rodwan di sebuah hotel di Kuala Lumpur sebelum membuat laporan polis itu pada Jun 2009.
Musa dan Rodwan terpalit dengan dakwaan memalsukan bukti terhadap Anwar setelah ahli parlimen Permatang Pauh itu dipecat oleh Mahathir Mohamad dari Umno dan kerajaan pada tahun 1998.
Anwar merengkok enam tahun di penjara sebelum dibebaskan pada tahun 2004.
Hari ini Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menolak permohonan Anwar untuk berundur dari kes itu kerana memberikan penghakiman berat sebelah.
Pada 16 Mei lalu, Zabidin mengarahkan Anwar membela diri atas tuduhan meliwat Saiful. Zabidin menyifatkan Saiful sebagai seorang saksi yang berwibawa dan keterangannya adalah benar, tanpa mendengar pembelaan Anwar.
Antara keterangan Saiful yang mengejutkan mahkamah ialah beliau mendakwa dipaksa untuk melakukan perbuatan itu, namun akur selepas kejadian itu beliau makan karipap dan minum kopi sebelum pulan ke rumah.
Saiful juga mendakwa beliau tidak membuang air besar dua hari kerana mahu menyimpan bukti liwat itu namun doktor yang memeriksanya mendapati dubur beliau adalah kosong.
"Ternyata keputusan hakim berat sebelah kerana sebelum mendengar keterangan tertuduh iaitu saya, beliau sudah buat keputusan bahawa pendakwaraya termasuk Saiful itu benar, tepat dan berwibawa," kata Anwar.
"Kalau macam itu buat apa panggil saya (membela diri)?....Sepatutnya mana-mana sistem atau hakim perlu dengar kedua-dua belah pihak, yang dituduh dan yang menuduh," tegas Anwar.
Anwar berkata pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan terhadap keengganan Zabidin menarik diri.
Mahkamah akan bersidang semula pada 13 Julai depan bagi memberi laluan kepada pihak pembelaan mengemukakan rayuan.