Menteri Beri Amaran Demo BERSIH 2.0




KUALA LUMPUR 6 JUN : Pihak berkuasa memberi amaran tegas bahawa tiada pengecualian undang-undang terhadap perhimpunan untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil, BERSIH 2.0.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur atau memberi layanan istimewa kepada demonstrasi berkenaan.

"Demonstrasi jalanan ini bukan benda baru. Dulu sudah ada (perhimpunan) anti-Isa, anti-PPSMI (program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris).

"Memang menjadi pertimbangan (pembangkang) sebab pilihan raya umum mungkin tahun ini, maka (mereka) mula mencari isu-isu sebegini rupa,"dakwa beliau.

"Kita ikut undang-undang, keutamaan kita (pada) keamaanan dan keselamatan. Jika ini pertimbangan kita, tidak ada sesiapa yang boleh tuduh KDN dan polis salah guna kuasa," tambahnya, petik portal Malaysiakini.

Semalam, muktamar PAS ke-57 meluluskan usul berhubung penglibatan PAS dalam perhimpunan itu, sekali gus bersetuju menghantar anggotanya turut serta pada 9 Julai akan datang.

No comments: