Che Ibrahim.
Sebenarnya ada 3 mazhab/puak yang berbeza dalam isu takfiri ini:
1. Puak Khawarij yang mengkafirkan semua pelaku dosa (تكفير أهل الذنوب). Saidina Ali, Saidina Muawiyyah dan Saidina Amru dianggap kafir dan murtad oleh puak khawarij kerana terlibat dengan "Majlis Tahkim" selepas Perang Siffin, sebab itu ketiga tiga tokoh ini wajib dibunuh mengikut fatwa politik khawarij.
2. Puak Murjiah yang berpendapat tidak boleh menghukum kafir kepada mereka yang beriman kepada wahdaniah Allah @ keesaan Allah walau apa pun yang mereka lakukan kerana hanya Allah yang berhak menghukum kafir kepada orang yang beriman.
3. Puak yang dinamakan sebagai "ahli Sunnah" yang tidak menghukum kafir kepada ahli kiblat kecuali mereka dengan jelas melakukan perkara perkara yang boleh membatalkan syahadahnya.