BENARKAH J-KOM BAKAL DIKETUAI PEGAWAI KERAJAAN?



15 Disember ini bermakna berkuatkuasalah dengan rasminya perletakan jawatan Prof Dr Mohd Agus Yusof selaku Ketua Pengarah J-Kom.


Ketika mengemukakan surat perletakan jawatannya pad 15 November lalu, Dr Agus memberi notis selama sebulan berkaitan pengundurannya iaitu berkuatkuasa 15 Disember 2023.


Tetapi, hanya lima hari saja menjelang tarikh tersebut, siapa pengganti Dr Agus masih lagi belum kedengaran khabar beritanya.


Siapakah yang Perdana Menteri, Anwar Ibrahim akan lantik untuk mengetuai J-Kom?


Dalam tulisan saya sebelum ini bertarikh 2 Disember 2023, saya telah menyebut tiga syarat yang diperlu diambil kira dalam perlantikan Ketua Pengarah J-Kom yang baru bagi memastikan agensi tersebut berperanan dengan lebih baik.


Pertama, individu yang mahu dilantik itu mestilah seorang yang dikenal pasti benar-benar boleh bekerja dan mampu menggalas tugas sebagai Ketua Pengarah J-Kom.


Kedua, sebaiknya individu berkenaan mestilah orang parti yang ada pengalaman serta faham dengan sepak terajang politik di lapangan.


Ketiga, belajar daripada apa yang berlaku sebelum ini, lebih selamat agar dipastikan individu yang mahu dilantik itu mempunyai naluri seks yang jelas, iaitu kalau ia lelaki, mestilah lelaki sejati, begitu juga jika ia wanita, mestilah juga wanita sejati.


Tulisan penuh berkenaan perkara itu boleh dibaca di sini – https://shahbudindotcom.net/2023/12/02/isu-dr-agus-dan-cabarannya-kepada-anwar.html


Bagaimanapun, daripada beberapa sumber yang dekat dengan Putrajaya memaklumkan kerajaan dikatakan lebih cenderung untuk melantik pegawai kerajaan untuk mengisi jawatan yang ditinggalkan Dr Agus itu.


Difahamkan, seorang PTD berkemungkinan akan diberi tanggungjawab mengetuai J-Kom.


Jika perkhabaran ini benar, bermakna tiada orang politik, ahli akademik atau pempengaruh media sosial akan dilantik mengetuai agensi tersebut.


Secara umumnya, peranan J-Kom adalah bersifat politik dan untuk matlamat politik – jika benar agensi itu bakal dipimpin oleh pegawai kerajaan – bolehkah mereka J-Kom berperanan dengan lebih baik?


Apa pandangan anda semua? – ShahbudinHusin 10/12/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/12/10/benarkah-j-kom-bakal-diketuai-pegawai-kerajaan.html



No comments: