PMX DI Ijtimak Harakiy Wadah ABIM PKPIM di Putrajaya.











 Alhamdulillah saya dan Azizah berpeluang hadir ke Majlis Makan Malam dan Pidato Melakar Nahdah Ummah bersempena Ijtimak Harakiy Wadah ABIM PKPIM di Putrajaya malam tadi.


Saya amat menghargai kehadiran para senior aktivis sezaman dengan saya yang setia dengan perjuangan gerakan dakwah, pelajar dan belia dalam acara ini.


Dalam ucapan, saya singgung cabaran pengalaman awal dalam gerakan Islam yang memerlukan kebijaksanaan hikmah dalam dakwah. Tatkala ilmu yang terbatas serta asakan pemikiran Barat yang kuat, gerakan  ini menumpukan pengisian dari sudut peningkatan kefahaman yang mendalam. 


Susulan cabaran semasa, nahdah atau kebangkitan dengan kesedaran dan pencerdasan menjadikan tanggungjawab lebih berat. Kita harus bekerja lebih kuat, tersusun dan bersungguh-sungguh memberi pencerahan kepada umat.


#MalaysiaMADANI



No comments: