✍️ Ahmad Mursi
1. Itulah yang saya faham bila dengar kata2 pertama walaun meraikan kemenangan dengan bangga sebarkan: "ISO berjaya kalahkan PhD".
2. Saya bukan kata calon PN yang menang itu bodoh, tetapi walaun zahirkan begitu. Bukan alasan ekonomi, subsidi diesel, harga barang atau sebab isu air dll.
3. Mungkin ini puncanya wakil rakyat yang diangkat PAS jahil bila bercakap isu ekonomi, polisi dan pentadbiran kerena kebodohan dianggap hal yang dipuji. Bekas Menteri PAS Tuan Ibrahim tak faham ISO, pimpinan PAS Fadhli Syaari memuji inflasi 0.9% di Kelantan walhal itu tunjukkan ekonomi yang lembab atau pengangguran tinggi.
4. Ini PRK pertama selepas subsidi diesel bersasar diumum dalam keadaan PMX tahu PRK akan diadakan. Dari 6 PRK, 4 dimenangi oleh Madani.
5. Jika menyelamatkan negara dengan memperbetulkan balik sistem subsidi jadi punca kekalahan, bagi saya itu reaksi biasa dan Madani terima sahajalah dengan hati terbuka kerana apa yang dibuat ini demi negara dan anak cucu.
6. Tiada Perdana Menteri dalam Malaysia sanggup dikecam dengan melaksanakan subsidi bersasar melainkan PMX dan Kerajaan Madani. Yang lain pandai bercakap tapi tiada keberanian untuk buat.
7. Dengan hutang negara RM1.2 trillion (63% dari KDNK) atau RM1.5trillion jika campur liabiliti (lebih 80% dari KDNK) , tidak patut kerajaan terus bersenang lenang berhutang untuk terus bagi gula2 pada rakyat. Angka 60%++ itu dah dikira amaran.
8. Mengurangkan defisit fiskal, kurangkan hutang dan meletakkan prioriti perbelanjaan kerajaan pada hal yang sepatutnya mesti juga dibuat suka atau tidak. Kerajaan Madani akan diingati telah selamatkan negara dari bencana ekonomi.
9. Apatah lagi kerajaan Madani telah luluskan Akta Kebertanggungjawaban Fiskal 2023 untuk kekang dari kerajaan masa depan berhutang dengan cara yang tidak bertanggungjawab dan harapkan anak cucu kita menanggungnya.
10. Cuma seperti biasa, dalam filem atau sejarah, hero biasanya dilihat kalah dulu.
11. Tahun 2014 Jokowi dikecam sehebat-hebatnya dan rakyat protes dijalanan kerana hapus subsidi pukal dan jadikannya bersasar hanya 29 hari selepas angkat sumpah sebagai presiden. Waktu itu inflasi naik. Akhirnya rakyat faham dan dia menang semula penggal ke-2 pada tahun 2019. Yang penting penerangan kerajaan kena jalan.
12. Jika pengundi PRK marah kerana harga barang, bagi saya rakyat tertekan ketika ini kerana harga barang yang telah melambung naik sejak zaman Tebok Atap yang pernah cecah 4.7% inflasi. Semasa kerajaan Tebok Atap, harga minyak masak botol naik sehingga RM50 (May 2022), minyak paket hilang kena sorok oleh anak menteri, ayam naik RM12 (Jun 2022), Telur sepapan naik sampai RM18.50 (Nov 2022) dan kadang2 hilang. Menteri paling ramai tapi cara merba.
13. *Harga yang naik, takkan mudah lagi turun seperti dulu melainkan harga barang asas yang dikawal kerajaan.* Peniaga yang jual makanan siap tetap tidak turunkan semula harga mereka. Check la CPI. Itu yang rakyat masih terasa bahangnya kerana gaji tidak naik.
14. Apa yang Madani berjaya buat? turunkan inflasi dari 4% menjadi 1.5%. Sebab itu CPI zaman Madani ni grafkan semakin landai. Kenaikkan harga barang mula terkawal. (tengok gambar di saya share).
15. Jika selepas penyasaran subsidi diesel ini inflasi naik 2%, angka itu masih dianggap terkawal. Inflasi yang melebihi 4-5% di negara maju atau 6-8% di negara sedang membangun dianggap sebagai tanda amaran bahawa ekonomi mungkin sedang 'overheating'.