Jamzuri Ardani
Keir Starmer adalah Perdana Menteri baru UK setelah Parti Buruh yang dipimpinnya menang besar dalam pilihanraya parlimen UK.
Starmer disebut sebagai 'the most working class PM UK ever had'. Kebanyakan PM sebelum ini samada berasal dari keluarga bangsawan atau golongan yang kaya raya.
Bekas PM sebelumnya, Rishi Sunak datang dari keluarga billionaire yang kekayaannya disebut mengatasi kekayaan Raja England.
Terdapat sentimen yang kuat di kalangan rakyat UK bahawa golongan elit politik di negara mereka sudah tidak lagi merasai degup nadi kehidupan rakyat biasa dan terpisah jauh dari realiti kehidupan rakyat.
Keir Starmer lahir dari keluar 'working class'. Ayahnya bekerja di kilang dan ibunya adalah seorang jururawat kakitangan kerajaan. Dalam kempennya, Keir Starmer menceritakan bagaimana keluarga mereka sering gagal membayar bil utiliti dan talian telefon di rumah mereka pernah diputuskan kerana bil tertunggak.
Keluarga Starmer tidak pernah bercuti keluar negara. Pasta adalah dianggap makanan asing yang mewah buat keluarga mereka.
Semasa mudanya, Keir Starmer adalah seorang peguam berhaluan kiri yang dianggap anti-monarki. Beliau dikenali oleh rakan-rakannya sebagai seorang yang cekal dan berhati waja. Menurut rakan-rakannya, kadangkala beliau boleh menjadi orang yang 'menggerunkan'. Beliau sukar berhenti melakukan sesuatu sehinggalah berjaya mencapai apa yang diingininya.
Keir Starmer adalah seorang yang mengaku dirinya sebagai Atheis. Tetapi beliau juga sering menemani isterinya ke upacara agama Yahudi kerana isterinya berbangsa Yahudi.
Beliau juga bukan seorang pemidato yang hebat. Tetapi lebih fokus menggagaskan sesuatu idea sehingga berjaya dilaksanakan.