RAKYAT SERANG FADHLI UCAPAN GILA KUASA! ZAMRI MEMFITNAH & MOHON MAAF SAL...



“Zamri Mantop punya pukulan di awal tahun 2025. Masa dia fitnah tak ada sebut nama ‘admin’, sekali dah kantoi buat dosa fitnah, terus letak atas kepala admin, tuan badan terus selamanya suci dan bersih,” katanya. Miqdad berkata budaya fitnah nampaknya semakin subur dalam Pas, menganggap mungkin inilah gambaran Islam yang mereka perjuangkan. “Memfitnah dan membunuh lebih ringan dosanya berbanding berfahaman sekular yang menjadi syirik, bak kata Haji Hadi,” balasnya sinis. Selepas kantoi memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Adun Pas, Dr Zamri Mantop menukar hantarannya dan menarik balik tulisan itu.
Apa yang menghairankan, hantaran awal yang dimuat naik di Facebooknya hari ini dikatakan telah ditulis oleh pentadbir halaman beliau dan bukan beliau.
Pentadbir halaman beliau juga memohon maaf atas kesilapan tidak memeriksa fakta dengan tepat dan berjanji ia tidak akan berulang lagi. “Setelah mendapat perhatian serius dan nasihat daripada YB. Ustaz Dr. Zamri, pihak admin mengambil maklum mengenai poster (tersebut). “Ia adalah hantaran dari publik kepada admin yang meragukan sumber aslinya. Pihak admin menarik semula atas posting yang dilakukan. ‘Ketelitian sumber akan diambil cakna pada masa akan datang. Mohon Maaf atas kekhilafan yang berlaku dan berjanji ia tidak akan berulang kembali,” tulisnya. Terdahulu, laman FB Dr Zamri Mantop memuat naik poster Anwar Ibrahim yang didakwa akan bersolidariti bersama Iswardy yang didapati bersalah mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan terhadap Yang di-Pertuan Agong tiga tahun lalu. Beliau mengkritik kenyataan yang kononnya dibuat oleh Anwar, dan melabel Anwar “memalukan” serta tidak hormat kepada Agong. “Yang ini kita nak bagitahu derhaka ke atau sedang berlakon ya? Atau memang inilah perangai sebenar? “Dengan begitu selamba tanpa ada rasa hormat kepada Agong, cukup memalukan. Siapa bolehkan sahkan ini?”. Demikian hantaran ditulisnya sebelum ia dipadam. Sementara itu seorang aktivis, Miqdad Zakaria menempelak tindakan Adun Sungai Burong itu yang menyalahkan pentadbir halamannya untuk melepaskan diri sendiri.