Iswardy Morni
Sekular lebih besar dosa dari fitnah kan Dr. Zamri Mantop DZM
Tapi menunggang agama dan membawa ajaran sesat lebih besar dosa nya dari sekular.
Betul kan Abdul Hadi Awang
Sheikh Omar
Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali mempersoalkan sama ada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhasrat membawa rakyat Malaysia ke era ‘Amanat Haji Hadi’ sekali lagi yang menyaksikan rakyat bermusuhan akibat momokan politik ekstrem dan memecah-belahkan.
Ia susulan kenyataan Abdul Hadi seperti yang disiarkan menerusi portal berita semalam yang mengaitkan DAP dengan fahaman liberalisme dan sekularisme yang turut mencabar Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan.
Dalam masa sama, Sheikh Umar turut mempersoalkan sama ada Ahli Parlimen Marang berkenaan sedang cuba menyemai benih-benih perpecahan dan permusuhan dalam kehidupan rakyat Malaysia yang majmuk dengan pelbagai latar kaum, agama dan budaya.
#HadiAwang #PolitikMalaysia
Berita lanjut layari www.malaysiagazette.com