KEPUTUSAN KES SRC INTERNATIONAL ADALAH KEMENANGAN RAKYAT


Majlis Presiden Pakatan Harapan mengambil maklum keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah mendapati Dato’ Sri Najib Razak bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram melibatkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Keputusan ini adalah satu kemenangan besar buat rakyat Malaysia. Proses pengadilan ini pasti tidak akan bermula sekiranya rakyat tidak bangkit untuk memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan dan mengalahkan Barisan Nasional pada PRU14. Malah bila disoroti sejarah isu ini, masalah urus tadbir 1MDB dibangkitkan kali pertama di Parlimen oleh YB DS Anwar Ibrahim pada 2011.
Majlis Presiden merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam proses ini, termasuk mantan Peguam Negara yang telah memulakan proses perundangan ini.
Majlis Presiden menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk meneliti dan menelurusi penghakiman yang telah dibuat hari ini.
Majlis Presiden berpendirian bahawa reformasi institusi menyeluruh perlu dilaksana untuk memastikan iklim politik yang memungkinkan kebobrokan dan kerosakan besar yang berlaku pada zaman pentadbiran Barisan Nasional tidak berulang lagi. Ini hanya boleh dilakukan dengan pengembalian mandat rakyat ke tempatnya.
YB DS Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat
(KEADILAN)
YB Hj Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara
(AMANAH)
YB Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
28 Julai 2020.

No comments: