MANTAN KETUA CABANG BUATBREPORT TERHADAP RAFIZI RAMLI

 



KENYATAAN MEDIA TERHADAP TINDAKAN SAUDARA RAFIZI RAMLI


Saya, Kamarudin bin Mohd Hussain, mantan Ketua Cabang Selayang bagi Pemilihan 2025, menyahut seruan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat bahawa parti akan mengambil tindakan sekiranya aduan rasmi dibuat terhadap mana-mana ahli.


Sehubungan itu, saya mengambil tanggungjawab dan saya telah membuat laporan rasmi terhadap saudara Rafizi Ramli berhubung kenyataan dan tindakan beliau yang dengan jelas mencemar imej parti serta melempar tuduhan tidak berasas terhadap YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Presiden parti.


Selain itu, tidak mustahil kemenangan saya secara sah di Selayang dalam Pemilihan 2025 yang telah dinafikan juga berpunca daripada kekecohan yang dilakukan oleh beliau berikutan banyak cabang yang menyebelahi beliau dibenam ahli akar umbi. 


Kemenangan saya secara sah telah dinafikan sekali pun saya tidak pernah melanggar mana-mana peraturan Pemilihan Parti. 


Namun demi menjaga imej Parti, saya hanya mendiamkan diri dan tidak menyerang parti seperti yang dilakukan oleh beliau, kerana saya amat yakin kepada kepimpinan YAB Dato'Seri Presiden.


Beliau bukan sahaja tidak boleh menerima bahawa ahli-ahli akar umbi mahukan perubahan, malah beliau amat kecewa bila kalah dalam pemilihan Timbalan Presiden, sedangkan selama ini banyak cabang termasuk di Selayang tidak menyantuni ahli, dan situasi ini masih berlaku sehingga ke hari ini.


Saya tetap berpegang kepada prinsip reformasi dan keadilan, serta yakin kepada kepimpinan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Parti ini bukan milik individu, tetapi milik ahli dan rakyat Malaysia yang menaruh harapan kepada perjuangan parti.


Parti akan menjadi kuat jika semua ahli bersatu hati, tetapi Parti ini akan menjadi lemah apabila kita menyimpan musuh dalam selimut atau duri dalam daging. Kita mesti tegas menegakkan prinsip keadilan, integriti, dan maruah parti.


Oleh itu, adalah wajar tindakan tegas, adil, dan berprinsip diambil demi maruah dan kestabilan parti, termasuk mempertimbangkan tindakan disiplin terhadap saudara Rafizi, termasuk kemungkinan pemecatan.


Sekian, terima kasih.


KAMARUDIN HUSSAIN

Mantan Ketua Cabang Selayang 

Pemilihan 2025

21/02/2025 9:46pm

Keadilan Cabang Selayang

Parti Keadilan Rakyat

Fuziah Salleh Anwar Ibrahim

Malaysia Gazette Utusan Online

Berita FMT BERNAMA

Harian Metro Sinar Harian





No comments: