Pas tetap nafi dipinggirkan walaupun tak dapat kerusi...kah......

 Pas tetap nafi dipinggirkan walaupun tak dapat kerusi

September 12, 2020

Meskipun tidak diperuntukkan sebarang kerusi dalam pilihan raya negeri Sabah, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin menafikan bahawa parti itu dipinggirkan dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).

Sebaliknya Hashim berkata bahawa parti Islam itu mempunyai kekuatan politiknya sendiri di Semenanjung Malaysia.

“Saya merasakan bahawa PAS dirasai kewujudannya dan kekuatannya di dalam politik terutamanya di Semenanjung.

“Jadi, kalau ada suara-suara (yang mengatakan) untuk mengenepikan PAS, itu saya kira adalah satu yang tidak tepat dan tidak betul,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Hashim berkata demikian apabila ditanya adakah PAS berasa dipinggirkan apabila tiada kerusi yang diperuntukkan kepada PAS dalam PRN Sabah.

Semalam dilaporkan bahawa PAS tidak diberikan sebarang kerusi oleh PN mahupun BN, serta tidak diundang dalam majlis pengumuman calonnya walaupun sebelum ini parti itu menyuarakan hasrat untuk bertanding di 10 kerusi serta sedia menggunakan lambang BN.


No comments: