PRN Sabah: Peranan Pas ‘tukang baca doa’?
MSO
Sudah jelas dan nyata parti gemula Chek (Pas) tidak diberi laluan oleh kawan dan sahabat mereka baik oleh Umno maupun PPBM untuk bertanding dimana-mana kerusi dalam Pirane Sabah 26 September ini. Dari 73 kerusi tidak ada satu pun dikhaskan untuk Pas?
Apakah tanpa bertanding bermakna Pas tidak memainkan apa-apa peranan dan mengambil bahagian dalam pilihan raya itu? Saya rasa Pas masih ada peranan yang boleh dimainkan bagi memeriahkan pilihan raya itu sekaligus menjadikan parti agama itu tetap relevan melaksanakan fardhu kifayahnya.
Peranan terbaik dan bermakna ialah menjadi tukang doa semasa perarakan calon-calon BN dan PN atau PBS atau STAR menuju ke pusat penamaan calon. Pas diketahui memiliki ramai ustaz atau lebai dan alim ulamak yang fasih berdoa mereka boleh digunakan untuk melakukan tugas itu. Tugas itu mulia.
Pas kena ingat politik tidak boleh diasingkan hatta dengan agama sekalipun. Apa yang menjadi pegangan parti itu sejak bertahun lalu kena dipraktikan. Selamat. Yalim lim yalim. Trims.