DI SARAWAK PAS BERTANDING UNTUK TIDAK JADI PARTI SEKULAR, DI SABAH PAS TIDAK BERTANDING UNTUK TIDAK JADI PARTI SEKULAR JUGA?


Masih kita ingat, sewaktu Pas masuk bertanding di PRN Sarawak, mereka menjawab hujah pihak-pihak yang mempertikaikan parti itu masuk bertanding kerana di Sarawak Pas boleh dikatakan tidak wujud.  Apa Pas jawab?  

Pas kata "Kami masuk bertanding di Sarawak adalah untuk dakwah, mereka ketawakan PAS. Kenapa? Kerana dalam kamus politik mereka (parti sekular) tiada istilah dan matlamat dakwah.".  (Rujuk Harakahdaily https://harakahdaily.net/index.php/2018/04/06/pas-sebuah-parti-dakwah-yang-berprinsip/ )

Pas bawa dalil dakwah ketika itu.  Dan, tuduh yang mempertikaikannya sebagai sekular.  Jika mempertikaikan Pas tidak bertanding itu sudah dianggap 'sekular', apa pula hukum kepada Pas sendiri yang tidak bertanding di PRN Sabah?  Kalau ditanya kepada lebai sekarang, sudah pasti ada dalil baru pula.  Silap2 kita yang mempertikaikan Pas tidak bertanding di Sabah kali ini di cop 'sekular' juga.  Ertinya, Pas buat apa saja sudah pasti selamat dunia akhirat.  Sesiapa yang menyanggahnya, silap2 boleh masuk jirat.  Itulah Pas.

WFAUZDIN NS

No comments: