DEWAN ULAMAK PAS BERSYUKUR DAPAT BANTU RAMPAS MANDAT RAKYAT?


Lawak tapi jijik sungguh bila dgr ucapan dari us Nik Zawawi di muktamar kat tv tadi.  Dia boleh kata kita kena bersyukur kerana Allah telah tunaikan janji beri mereka kuasa jadi kerajaan.  

Jual nama Allah.  Maha suci Allah tidak akan menghalalkan kerja khianat jauh sekali Allah ciptakan pengkhianatan itu.  Apakah kamu patut bersyukur berada bawah kerajaan tanpa mandat rakyat yg menaikkan kembali puak kleptokrasi serta sekutunya?  Jika itu adalah kerja Allah, mengapakah kamu melaknat kerajaan Zamri (Umno) di Perak pada tahun 2009 yang merampas kuasa dari Nizar (Pas) dulu? Kenapa mengharamkan kerajaan rampasan kuasa waktu itu sehingga beberapa orang lebai berbaring di tgh jalan depan istana membantah perlantikan Zamri sebagai MB Perak?  Apa beza rampasan itu dengan rampasan di Pusat sekarang?

Bezanya, rampasan di Perak itu kamu maki hamun kerana parti kamu hilang kuasa.  Manakala rampasan kuasa di Pusat ini kamu dapat kuasa jadi menteri.  Bukan?

Kenapa kamu babitkan nama Allah di dalam kerja jahat dan kotor kamu?  Tidak malukah kamu yg berserban besar dan berjubah labuh itu dilihat oleh orang2 bukan Islam betapa seolah2 Islam ini mudah menukar hukum ikut kepentingan perut masing2.


WFAUZDIN NS