SEMOGA MALAYSIA SWLAMAT SEJAHTERA


Jamzuri Ardani


 Pada 2015, terdapat kes di Seremban dimana seorang tukang masak dan anaknya didakwa di mahkamah kerana membunuh seorang perompak yang merompak rumah mereka. Dua beranak berhadapan dengan hukuman mati. 


Pada tahun 2016, di Kerteh Terengganu seorang bapa juga dihadapkan ke mahkamah kerana membunuh seorang perompak yang juga penagih dadah yang merompak rumahnya. 


Mungkin ada orang bertanya kenapa pula undang-undang melindungi perompak. Sepatutnya undang-undang menyebelahi tuan rumah yang dirompak, bukan penjenayah.


Tapi itulah sifat undang-undang, samada kita setuju atau tidak. Setiap rakyat ada hak di sisi undang-undang. Penjenayah pun ada hak di sisi undang-undang. Mungkin ada orang kata, kenapa nak bela penjenayah. Tembak mati je kan senang. 


Undang-undang secara tabi'inya bersifat sederhana, berpada, dan berhati-hati. Walaupun orang itu rompak rumah kita, itu bukan lesen untuk kita bunuh perompak itu. Itu bukan bermakna undang-undang membela perompak, tetapi menghalang tindakbalas yang tidak berpada. 


Dulu bila Mujahidin Afghanistan berjaya jatuhkan kerajaan, mereka gantung Najibullah di tengah bandar. Tiada due process, tiada perbicaraan mahkamah. Begitu juga nasib yang menimpa Muammar Ghaddafi. Bagi setengah orang itulah keadilan. Orang zalim terus dibalas dan dihukum. Tapi itu bukan sifat undang-undang. 


Najib terlibat rasuah pada skala yang sangat besar. Berbilion wang negara lesap. Rakyat tanggung beban hutang puluhan tahun akibat korupsinya. Kisah korupsinya terkenal seantero dunia. 


Justice came very slow. Ia memakan masa lebih sepuluh tahun. Pendakwaan demi pendakwaan, perbicaraan demi perbicaraan, penangguhan demi penangguhan, rayuan demi rayuan, dan setelah dihukum ada pula proses pengampunan dan pengurangan hukuman. Memang ada yang tak puas hati. Tapi itulah undang-undang. Kita bukan Afghanistan dan bukan Libya. Negara kita aman damai dan stabil kerana kita mendaulatkan undang-undang, kerana kita bukan Afghanistan dan bukan Libya, kerana kita Malaysia. 


Semoga Malaysia terus aman sejahtera.



No comments: