Konflik politik Perak berbekas kepada orang Melayu


DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK


Konflik politik Perak berbekas kepada orang Melayu

Via WhatsApp

  1. Kalau ini bukan politik najis apa lagi? Atau apakah pemimpin Umno pusat, secara tidak langsung, mengaku mereka sudah hilang kawalan ke atas Ahli-ahli Dewan Undangan mereka di negeri-negeri?
  2. Adakah pemimpin Umno negeri-negeri tidak lagi hormat kepada bos-bos mereka di Kuala Lumpur sehingga bertindak sesuka hati seperti yang mereka lakukan di Perak Jumaat lalu?
  3. Susah hendak percaya bahawa ini adalah kesilapan kerana rasa tidak puas hati Umno dengan bekas Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu, bukan perkara baru. Juga bukan satu rahsia bahawa Umno amat kemaruk jawatan tersebut.
  4. Daripada kandungan dan nada kenyataan bersama Barisan Nasional (Umno), Bersatu dan Pas ini, jelaslah bahawa ini adalah kes baling najis sembunyi tangan oleh Umno.
  5. Bersatu dan Pas menjadi pak turut saja demi mengemis sokongan Umno kerana tanpa Umno mereka tidak boleh kembali berkuasa di Perak.
  6. Dengan menggunakan alasan kesilapan dan memohon maaf, mereka berharap orang Melayu yang taasub kepada label Melayu-Islam boleh terus diperbodohkan.
  7. Perbuatan mereka ini adalah contoh klasik baling najis sembunyi tangan. Tapi tangan bernajis tetap berbau busuk.
  8. Bersatu pula sah menjadi kembiri politik apabila menerima Adun Umno sebagai calon Menteri Besar menggantikan wakilnya yang dihumban keluar dengan begitu hina sekali.
  9. Dengan ini juga bertambah kukuhlah bukti bahawa tindakan menarik Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan dan menubuhkan kerajaan pintu belakang dengan Umno dan Pas telah menjadi senjata karat yang menikam tuan.
  10. Jika cadangan Umno, Bersatu dan Pas itu mendapat perkenan Sultan Perak maka selesailah penyerahan semua negeri Bersatu, yang dimenangi melalui PH, kepada Umno dan Pas.
  11. Demikianlah hebatnya perancangan Muhyiddin Mohd Yassin, Hamzah Zainuddin dan konco-konco mereka memperkukuhkan Bersatu supaya menjadi pengganti Umno.

No comments: