PERUMPAMAAN HADI : LEBAI DENGAN JAWATAN UMPAMA BERUK DENGAN PISANG

Mula-mula seperti berprinsip, TIDAK AKAN sertai kerajaan baru apabila MB Perak, Peja dijatuhkan di dalam Dun Perak bar-baru2 ni. Umno senyum je, sebab Umno kenal benar lebai ni luar dalam. Kita dalam PH lebih kenal lebai sampai ke dalam seluar dalam.

Akhirnya tepat. Beberapa hari sahaja ada 'wahyu' turun untuk mengarahkan lebai agar sokong kerajaan baru. Sebelum itu, lebai dikatakan 'derhaka" kepada Istana Perak kerana gagal mengadap apabila dipanggil atas alasan perlu bertemu dengan yang lebih "aula" dulu. Tidak pelik, lebai bukan sekali buat perangai macam tu. Dulu, tahun 2009, di hadapan Istana Perak, siapa yang berbaring dan berguling di atas jalanraya dengan memakai jubah dan serban kalau tidak lebai?

Terkini, lebai dah mula bercakap soal jawatan dan kedudukan. Kalau Anwar bercakap soal pertukaran PM dan ingin kembalikan mandat rakyat, lebai akan bawa hujah betapa Islam melarang meminta2 jawatan. Sedangkan Anwar melaksanakan amanah rakyat yang telah dirompak oleh pengkhianat yang lebai juga turut bantu. Itu wajib Anwar lakukan. Tapi, bila berkaitan dengan Anwar, lebai tetap akan cari dalil untuk jual agama. Nah, sekarang lebai merengek bercakap soal Exco.

Umno ni pun satu. Suka menyakat lebai. Kita tahu, Umno akan beri juga nanti jawatan Exco itu kepada lebai di Perak, cuma Umno mahu tengok perangai lebai bila dalam keadaan tidak diberi dedak. Sekarang, semua nampak kan perangai lebai?

So, jangan pelik kalau lebai memang pakar jual agama. Hukum ikut kepentingan dia. Jika rugi, seperti jatuhnya kerajaan Nizar (Pas) di Perak tahun 2009 dulu, hukum khianat haram. Bila untung kepada lebai, contohnya dapat jadi kerajaan dan menteri alam sekitar jaga lencemaran tong sampah dan duta khas, maka halal membantu pengkhianat.

Sama-sama .kita mengenali lebai.

WFAUZDIN NS

 


No comments: