Jual ladang TH, sendiri lulus, sendiri batal

 

Nyatakan sebab sebenar ladang TH Plantations dijual - Mujahid


Jual ladang TH, sendiri lulus, sendiri batal

Ipohmali

Dah seminggu orang dok mainkan isu surat yang viral berlakunya penjualan 100% tanah milik TH Plantation iaitu saham daripada dua anak syarikat THP – Bumi Suria Ventures Sdn Bhd dan Maju Warisanmas Sdn Bhd.. aku malas lah nak ulas… Tiba tiba PAS berlagak hero kononnya batalkan perjanjian..

Sendiri luluskan perolehan tanah tu pada 24 November 2020.. Sendiri batal.. tapi bagi PAS jangan seronok dulu..kalau Merujuk surat kelulusan.. dan kononnya pertimbangan semula penjualan kepada Tamaco Plantation Sdn Bhd (Tamaco) hanya untuk pertimbangan dan penilitian semula… bukan batal..

kalau aku baca kenyataan Menteri Agama.. Dia pun dah pandai Spin dah..dah pandai main Politik.. yang aku faham ia bekisar soal pemilikan saham dengan syarat pihak Tamaco hendaklah mewujudkan pemilikan ekuiti sekurang-kurangnya 30 peratus kepentingan bumiputera dalam tempoh satu tahun daripada tarikh surat kelulusan..

tempoh satu tahun itu sama dengan kenyataan rasmi Bursa..Rasa aku kalau terus batal..Silap silap TH yang akan kena saman.. Depa cuba tangguhkan saja.. Itu saja pertimbangan yang ada, Soal nilai saham , keluasan tanah dan nilaian yang dijual..tetap sama… lebih teruk djiual dengan harga yang rendah, pada harga sawit tengah tinggi…

Toksah Berlakon sangat lah..Bukan 2 Syarikat tu jer.. Bukan takat Bumi Suria Ventures dan Maju Warisanmas…dalam kenyataan Bursa Malaysia..ada 5 Syarikat dan Ladang yg akan dijual.. antaranya TH PELITA Meludam, TH PELITA Beladin, TH PELITA Simunjan, TH PELITA Gedong dan TH PELITA telah dikemukakan sebagai aset yang dipegang untuk dijual dan menyasarkan inisiatif itu akan selesai dalam tempoh setahun… Jadi tunggu jer tahun depan..

Kalau ikut kenyataan Bursa tu..dah Comfirm lah..Nak taknak..Memang Tabung Haji kena jual semua Aset ni untuk tampung krisis kewangan depa.. Kerajaan Bani Melayu ni cuma boleh bermain dengan Politik.. Konon konon nak kumpul RM 5 sorang pada Ummat islam nak ambil balik hotel Tabung Haji…bermain dengan Politik jer la.. tak padan dengan bekas Mufti..

Ada lebih RM 10 Billion Aset saham yang diletakkan pada nilai Premium RM 20 Billion dari gadai jamin Kerajaan dengan Sukuk dibawah UJSB termasuk lah Hotel TH… UJSB tu bawah TG Zafrul sekarang.. Try lah ambil balik Hotel Tabung Haji tu… 🙂

Comments

No comments: